Tuesday, 6 July 2010

kumpulan Nasyid di Malaysia

Nasyid sering dikaitkan dengan medium dakwah. Mengikut perkembangan semasa, wajar nasyid dijadikan wadah memperjuangkan agama islam. Hari berganti hari dan generasi beralih generasi kebanyakan lagu2 nasyid ini kurang diperdendang oleh generasi kini. Mereka lebih suka memilih lagu daripada band2 indie. Mungkin genre muzik ini menjadi tarikan anak muda kita zaman sekarang. Pada masa yang sama kumpulan nasyid kontemporari juga bagai tumuh cendawan selepas hujan. Namun begitu medium dakwah juga dapat sampai dalam hati sanubari setiap insan. Kumpulan nasyid di Malaysia mempunyai identiti masing2. Hal inilah yang menyebabkan mereka popular lantas dalam masa yang sama mereka dapat mengembangkan dakwah dengan cara mereka. Kelunakan suara vokalis juga memainkan peranan penting dalam sesbuh kumpulan nasyid. banyak kumpulan nasyid di Malaysia yang popular dan lagu2 mereka masih kedengaran. antaranya ialah

1.Rabbani
kumpulan nasyid yang popular dengan lagu Pergi tak Kembali. lagu ini masih kedengaran di corong2 radio. Lagu yang menginatkan tentang mati. vokalisnya telah kembali ke Rahmatullah iaitu ustaz Asri. kelunakan suara Allahyarham menjadikan kumpulan ini sentiasa segar. Kumpulan ini pernah juga berduet dengan artis yang ternama seperti Mawi dan lain2 lagi. bersama samalah kita sedekahkan Al-fatihah kepada vokalis kumpulan ini.

2.Hijjaz
kumpulan nasyid yang popular dengan lagu Rasulullah. Lagu berkisarkan perjuangan Rasulullah yang lain juga pernah didendangkan oleh kumpulan nasyid ini yaitu Dia kekasih Allah. kumpulan yang telah lama bertahan dalam industri muzik. sejak kecil lagi saya mendengar lagu kumpulan ini. Lagu2nya mempunyai mesej dakwah untu kita semua. vokalis kumpulan ini pernah merakamkan album zikir.



3. Raihan
kumpulan yang pernah membuat persembahan di luar negara. Pernah mendendangkan nasyid dalam bahasa Inggeris, cina ,dan India/hindi. antara kumpulan yang masih bertahan.Antara lagu yang popular puji-pujian, Allahu, dan syukur. Juga pernah mendendangkan selawat2.
4.In-Team

In-Team by kelady.
orang katakan kumpulan nasyid jiwang. Namun jiwang2 mereka ada juga mesej yang disampaikan. lagu banyak berkisarkan cinta suci. lagu tersebut menjadi lagu yang sering didengari muslimah2 hehe.

5.Mirwana
Kumpulan Mirwana merupakan sebuah kumpulan penyanyi yang aktif di Malaysia.Kumpulan Mirwana pernah memenangi Anugerah Era dan seterusnya dicalonkan dalam kategori Penyanyi Nasyid Popular bagi ANUGERAH Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2004. lagu popular aku tanpa cintamu duet dengan Jay2

oleh itu banyak2 la dengar lagu nasyid kerana lagu ini ada medium dakwah yang diselitkan kepada pendengar.

No comments:

Post a Comment