Ramai orang yang mengerumuni seorang pemuda beberapa meter sebelum sampai di hadapan masjid. Mereka berebut-rebut mendapatkan air mineral yang diagih-agihkan sebagai sedekah. Aku lihat bagaikan tiada ruang untuk aku dan sahabat-sahabatku untuk berjalan. Terasa diri ini terperangkap dengan lautan manusia. Beginilah keadaan Masjid Amru di Mesir pada 10 hari terakhir Ramadan. Cukup sesak. Ramai yang bepusu-pusu memasuki ruang masjid yang sememangnya agak penuh.
kepenuhan di dalam masjid memang mengagumkan. Memang tidak dapat kita saksikan di mana-mana masjid di Malaysia. Ruang dalam masjid sememangnya meriah dengan suasana orang beriktikaf. Aku bersama-sama sahabatku berpusing-pusing ke sana kemari mencari tempat untuk duduk. Aku lihat di bahagian tengah masjid berebut-rebut orang Arab mengambil air untuk minum. Pada mulanya aku fikir di situ tempat ambil wuduk. Tetapi tulisan Arab jelas tertulis di bahagian tiang 'mamnuk wuduk' iaitu dilarang mengambil wuduk. Tempat nak ambil air tu berpaip, berbentuk bulat dan berkubah di atasnya menyebabkan aku berfikir sedemikian.
Setelah beberapa minit berjalan-jalan barulah terjumpa tempat kosong untuk duduk dan beriktikaf. Dan salah seorang daripada kami pergi berjalan-jalan mengambil gambar sekitar ruang masjid. Aku melihat dia pergi disuatu ruang untuk mengambil gambar. Pada masa yang sama aku lihat ramai yang mengeliingi dan berkerumun pada pemuda yang membawa beg yang agak besar. Sahabat aku yang berdekatan turut sama melakukan perkara yang sama. Bila dia keluar dari kerumunan tersebut dia kembali ke tempat kami duduk dengan membawa dua bungkus nasi lauk ikan. Aku dan sahabat yang lain pun apa lagi terus pergi tempat tu dan berebut-rebut nak ambil juadah tersebut. Akhirnya dapat juga aku sebungkus nasi. Ada juga yang tak dapat nak ambil nasi tu sebab dah habis. Makanan itu diberi oleh pemuda tersebut sebagai sedekah. Belum cukup dengan itu, ada lagi rezeki yang kami dapat. Ada pak cik tua yang memberi buah tamar kepada kami. Bukan dia seorang saja yang bagi kami buah tamar, lebih dua tiga orang yang bagi. Aku kira kalau dikumpulkan memang cukup satu kotak buah kurma yang selalu dijual di pasaran. Ada yang bagi air, dan macam-macam air diberi. Memang murah rezeki kami hari itu. Kami datang pada mulanya tidak berbekalkan satupun juadah. Dan hasilnya banyak rezeki yang kami terima hari itu. Sebelum menunggu waktu berbuka, kami membaca Al-quran.
Selepas solat maghrib wuduk aku terbatal. Aku pergi ke tempat ambil wuduk. Memang tidak dapat dinafikan ramai yang berebut -rebut ambil wuduk. Aku berhimpit-himpit dalam tempat ambil wuduk tu. Hampir jatuh aku lihat budak arab yang berebut-rebut. Memang tak ada istilah beratur lagi pada waktu itu. Kalau beratur entah berapa panjang barisan dapat dibuat.
Solat terawih memang meriah dekat situ. Kehadiran Sheikh Jibril memeriahkan solat terawih di Masjid Amru. Doa qunut semasa solat witir sebenarnya ditunggu ramai. Semasa doa tersebut aku dapat dengar suara tangisan orang arab yang sembahyang berhampiran dengan aku. Aku hanya mendengar dan mengaminkan doa tersebut. Memang aku tak faham doa tersebut. Tetapi cuba memaksa untuk memahamkannya. Satu jam doa qunut dibacakan. Memang lenguh kaki aku menahan. Ada budak kecil arab terduduk-duduk sebab tak tahan.
Selesai semuanya, aku pun keluar masjid tersebut. Nak keluar pun bersesak-sesak dengan lautan manusia. Bila keluar pun penuh. Dan aku lihat sepanjang jalan menuju ke masjid itu ditutup sebab sesak sangat. Menurut pemandu tramco yang membawa kami ke situ dekat 500 m(mengikut anggaran aku bila pemandu tu cakap sampai kat hujung jalan tu) jalan raya masjid digunakan untuk sembahyang. Ramai juga yang beriktikaf pada waktu malam di masjid itu.
Memang jauh berbeza dengan keadaan masjid di malaysia bila dalam 10 malam terakhir ramadan. Kalau kita tengok dekat Malaysia sekarang yang penuh bukan masjid shopping complex yag penuh...
subhanallah... beznye!!!
ReplyDeletefin masjid khalifah amru ya sodiq??
cane nk g sane eh??
masjid ni jauh sikit.. dy lpas tahrir. nak gi situ bleh naik metro.. tp ari tu ak gi naik tremco..
ReplyDelete