Thursday, 9 September 2010

Hari Rayaku

Pejam celik... pejam celik... dah raya pun kita sekarang... namun begitu tahun ini aku kena beraya dengan rakan-rakan di bumi anbiya' bumi penuh barakah ini... memang ketara perbezaan bila beraya berjauhan dengan sanak saudara.Terutamanya, bejauhan dengan ibu bapa.. sedih pun ada.. tapi belum sampai tahap menitis air mata lagi. Suasana memang jauh berbeza dengan Malaysia.. kalau dekat malaysia macam-macam persiapan yang dilakukan orang kita. Tapi dekat sini macam tak raya aku rasa. Orang arab tak ambil endah pasal raya ni. Bila ramadan nampak meriah sedikit. Bila dah dekat ramadan ada sahaja orang arab menjual lampu. Bukan lampu minyak tanah tapi lampu yang ada corak dan tulisan yang cantik. Ada diantaranya tertulis ramadan kareem(tulisan arab).Lampu kelip-kelip atau lip lap pun ada jual. Terang benderang kawasan kaherah dengan lampu yang di hias di tepi dan tengah jalan. Macam hampir raya di Malaysia suasananya.

Bukan itu sahaja ramai orang arab suka bersedekah masa bulan ramadan yang penuh barakah ini. Kalau aku duduk masjid(contohnya masjid Amru) mesti ada yang akan bagi sedekah, contohnya bagi kurma, air dan sebagainya. Dan ada juga orang kaya arab di sini membuka tempat makan( maidah) atau berbuka untuk memberi sumbangan kepada orang yang kurang berkemampuan. Aku pun tidak melepaskan peluang makan bersama dengan orang arab. Siapa yang tak nak makan free. Memang jimat pada bulan ramadan.

syawal menjelang bagaikan tiada apa-apa yang berlaku di Mesir ini. Aku lihat hanya orang melayu di sini sahaja yang menyambut dengan meriah juga penuh kesederhanaan.memang pasti aku akan terkenang kemeriahan hari raya di Malaysia. Persiapan hari raya di Malaysia memang meriah. Seminggu sebelum raya ramai antara ibu-ibu kita sibuk menyiapkan kuih raya. Tidak kurang juga ramai mencari kuih raya dijual di pasaran. Shopping hari raya tidak ketinggalan. Ramai yang sanggup bersesak-sesak di Shopping Mall untuk mencari baju raya. Lemang dibakar,ketupat dianyam sebelum syawal menjelma sememangnya memeriahkan suasana.

Di pagi raya terhidang juadah yang lazim dihidang pada hari raya contohnya ketupat, rendang, lemang, lontong dan kuih-kuih raya di meja makan. Dekat mesir tak ada kuih raya dekat rumah aku..memang sedih. Namun hari raya aku tetap sambut. Beraya dengan rakan pasti kenangan paling indah pada tahun ini.
Dengan ini aku mengucapkan selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat. Aku hadiahkan pantun untuk semua sempena hari raya...

berbaju raya berwana merah,
memang kacak anak Pak Abu,
hari raya pasti meriah,
kemeriahan ramadan pasti dirindu.

Selamat Hari Raya

No comments:

Post a Comment