Wednesday 1 September 2010

Erti merdeka

Apa itu Merdeka? Erti Merdeka bagi sesebuah negara itu ialah ia bebas dari kongkongan penjajah. Sebenarnya merdeka bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada individu contohnya erti merdeka kepada seorang banduan apabila tamat menjalani hukuman.

Erti Merdeka kepada murid sekolah ialah apabila tiba masa cuti dan tamat peperiksaan

Erti Merdeka kepada pekerja apabila bossnya bercuti atau tak datang kerja.

Erti Merdeka kepada Boss pula apabila dapat meyakinkan pekerjanya ‘tahun ni takde bonus’

Erti Merdeka kepada cikgu dan tukang kebun sekolah apabila tiba cuti sekolah

Erti Merdeka kepada suri rumah tangga apabila suaminya telefon “Malam ni abang belanja makan luar”

Erti Merdeka kepada seorang suami apabila, isterinya berkata “Takpelah bang, saya tak tukar perabut baru raya tahun ni”

Erti Merdeka kepada budak lelaki apabila selamat dikhatankan.

Erti Merdeka kepada anak dara apabila ada orang meminangnya.

Erti Merdeka kepada seorang bapa apabila anak daranya sudah bernikah.

Erti Merdeka kepada seorang bibik ialah apabila majikannya pergi kerja kerana dia bebas nak menonton Sinetron.

Erti Merdeka kepada seorang Mat Rempit apabila dapat mencilok dari road block polis.

Erti Merdeka kepada seorang bohsia apabila dapat keluar dari rumah tanpa pengetahuan mak bapaknya.

Erti Merdeka kepada pengemis apabila selesai melakonkan watak OKU selama 5 jam.

Erti Merdeka kepada peniaga apabila kerajaan menaikkan harga barang kawalan sedangkan stok lama dia banyak lagi.

Erti Merdeka kepada peniaga kuih dan tukang jahit apabila selesai memenuhi tempahan raya tahun ini.

Erti Merdeka kepada ayam kampung apabila terdengar tuannya nak membeli ayam import tahun ini.

No comments:

Post a Comment