Friday, 24 September 2010

Elektrik sudah ada 2000 tahun lalu

Baghdad Battery merupakan salah satu artifak kuno yang paling memeningkan para cendekiawan dan pakar arkeologi. Pada tahun 1930, pada makam kuno di luar Baghdad (Khujut Rabula), beberapa arkeologi yang melakukan penggalian disana menemui sebuah artifak yang dikatakan merupakan satu set bateri kimia yang usianya telah mencapai 2000 tahun lebih.

Isu hangat


Artifak aneh tersebut terdiri atas sebuah silinder tembaga, batang besi serta karbon yang disusun dalam sebuah jambangan kecil (tinggi 14 cm, diameter 8 cm) yang terbuat dari tanah liat. Setelah para pakar membuat kajian didapati bahawa artifak tersebut merupakan sebuah bateri elektrik kuno.

Isu hangat

Para pengkaji berjaya memperolehi 1.5 volt dari artifak batu bateri elektrik tersebut , yang bekerja nonstop selama 18 hari dengan cara memasukkan cairan asam kedalam jambangannya, misalnya: air jeruk (sunkist & lemon lebih bagus), h2so4, semua larutan golongan elektrolit….Komponen bateri terdiri dari batang karbon sebagai anod (kutub positif), zink (Zn) sebagai katod (kutub negatif).

Usia artifak bateri kuno ini dianggarkan 2,000 – 5,000 tahun, lama sebelum Alessandro Volta (Itali) membuat bateri pertama kali pada tahun 1800 serta Michael Faraday (Inggeris) menemukan induksi elektromagnetik dan hukum elektrolit pada 1831 yang jarak penemuannya hingga kini mencapai sekitar 200 tahun lebih.

Penemuan ini tentunya dapat mengubah pandangan manusia masa kini akan kemajuan teknologi yang telah dicapai oleh peradaban manusia masa lalu. Nampaknya, aktifitak elektrik telah dikenali oleh manusia pada masa itu.

Tidak hanya Baghdad Battery saja yang menarik perhatian para ilmuan maupun arkeolog di seluruh dunia, namun terdapat beberapa artifak serupa yang diduga juga sebagai peralatan elektrik masa silam, seperti Dendeera Lamps, Assyrian Seal dan The coffin of Henettawy.

Sebenarnya lampu Dendeera ini merupakan ukiran disebuah kuil di Mesir yang menggambarkan seorang Pharaoh sedang menggenggam sebuah benda yang seakan bola lampu lengkap dengan penggambaran kabel beserta plugnya!

Isu hangat

fromwww.isuhangat.net

Friday, 17 September 2010

Makanan dan Minuman Perosak Warna Gigi

Selamat hari raya. Dihari raya yang meriah ini kadang-kadang ada juga yang tidak mengambil endah tentang kesihatan gigi. Maklumlah bila hari raya semua benda yang di depan mata semua nak disambar. Bila nampak makanan atau minuman yang sedap pasti akan dicuba. Mungkin kita tak sedar makanan dan minuman yang kita ambil pada hari raya ini baik atau tidak untuk gigi. Tetapi jangan risau di dalam post ini tiada satupun juadah hari raya menjadi perosak pada gigi. Tetapi ingat beruslah gigi selalu.
minuman yang merosakkan warna gigi

1. Kopi, soda.

kedua-dua minuman tersebut memiliki warna yang pekat dan jika tidak langsung dibersihkan boleh meninggalkan kesan pada gigi. Jadi pastikan setelah meminumnya, Anda segera memberus gigi atau minimum berkumur.

2. Rokok.

Tidak hanya memberi kesan pada kesihatan Anda, rokok juga membuat gigi menjadi lebih kuning. Nikotin akan meninggalkan kesan coklat pada gigi. Buruknya lagi kesan tersebut kekal dan sukar untuk dihilangkan.

3. Makan menjelang waktu tidur.

Usahakan jangan makan menjelang waktu tidur. Tidak hanya berpengaruh pada berat badan tetapi juga membuat warna gigi menjadi lebih gelap. Hal itu karena penghasilan air liur menurun, dan sisa makanan yang tertinggal tidak dapat dibersihkan secara maksimum.

4. Teh.

Meskipun memiliki manfaat yang sangat baik bagi kesihatan tetapi teh boleh meniggalkan kesan pada gigi. Terutama bagi Anda suka minum teh setiap hari. Untuk menghindarinya, setelah selesai minum teh usahakan untuk berkumur-kumur.

Thursday, 9 September 2010

Hari Rayaku

Pejam celik... pejam celik... dah raya pun kita sekarang... namun begitu tahun ini aku kena beraya dengan rakan-rakan di bumi anbiya' bumi penuh barakah ini... memang ketara perbezaan bila beraya berjauhan dengan sanak saudara.Terutamanya, bejauhan dengan ibu bapa.. sedih pun ada.. tapi belum sampai tahap menitis air mata lagi. Suasana memang jauh berbeza dengan Malaysia.. kalau dekat malaysia macam-macam persiapan yang dilakukan orang kita. Tapi dekat sini macam tak raya aku rasa. Orang arab tak ambil endah pasal raya ni. Bila ramadan nampak meriah sedikit. Bila dah dekat ramadan ada sahaja orang arab menjual lampu. Bukan lampu minyak tanah tapi lampu yang ada corak dan tulisan yang cantik. Ada diantaranya tertulis ramadan kareem(tulisan arab).Lampu kelip-kelip atau lip lap pun ada jual. Terang benderang kawasan kaherah dengan lampu yang di hias di tepi dan tengah jalan. Macam hampir raya di Malaysia suasananya.

Bukan itu sahaja ramai orang arab suka bersedekah masa bulan ramadan yang penuh barakah ini. Kalau aku duduk masjid(contohnya masjid Amru) mesti ada yang akan bagi sedekah, contohnya bagi kurma, air dan sebagainya. Dan ada juga orang kaya arab di sini membuka tempat makan( maidah) atau berbuka untuk memberi sumbangan kepada orang yang kurang berkemampuan. Aku pun tidak melepaskan peluang makan bersama dengan orang arab. Siapa yang tak nak makan free. Memang jimat pada bulan ramadan.

syawal menjelang bagaikan tiada apa-apa yang berlaku di Mesir ini. Aku lihat hanya orang melayu di sini sahaja yang menyambut dengan meriah juga penuh kesederhanaan.memang pasti aku akan terkenang kemeriahan hari raya di Malaysia. Persiapan hari raya di Malaysia memang meriah. Seminggu sebelum raya ramai antara ibu-ibu kita sibuk menyiapkan kuih raya. Tidak kurang juga ramai mencari kuih raya dijual di pasaran. Shopping hari raya tidak ketinggalan. Ramai yang sanggup bersesak-sesak di Shopping Mall untuk mencari baju raya. Lemang dibakar,ketupat dianyam sebelum syawal menjelma sememangnya memeriahkan suasana.

Di pagi raya terhidang juadah yang lazim dihidang pada hari raya contohnya ketupat, rendang, lemang, lontong dan kuih-kuih raya di meja makan. Dekat mesir tak ada kuih raya dekat rumah aku..memang sedih. Namun hari raya aku tetap sambut. Beraya dengan rakan pasti kenangan paling indah pada tahun ini.
Dengan ini aku mengucapkan selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat. Aku hadiahkan pantun untuk semua sempena hari raya...

berbaju raya berwana merah,
memang kacak anak Pak Abu,
hari raya pasti meriah,
kemeriahan ramadan pasti dirindu.

Selamat Hari Raya

Lima hari raya yang sebenar

Ada 5 hari Raya yang sebenarnya bagi orang Islam:

Pertama, Manusia yang pada hari Raya Aidil Fitri dalam keadaan Fitrah (bersih) dalam makna ia merdeka setelah melaksanakan ibadah puasa di bulan suci Ramadhan sebulan lamanya, dan ia mendapatkan meningkatkan Takwa. itulah manusia yang mendapatkan “Hari Raya” yang sebenarnya.

Kedua, Manusia yang disaat Sakaratul mautnya ia mengucapkan dua kalimat syahadat dan meninggal dalam keadaan beriman, pada saat itulah manusia itu merasakan “Hari Raya” yang sebenarnya.

Ketiga, Manusia yang terbebas pada saat berjalan di jembatan Sirattal Mustaqim kerana amal perbuatannya dan mendapatkan keredhaan dari Allah SWT, pada saat itulah manusia itu merasakan “Hari Raya” yang sebenarnya.

Keempat, Manusia yang masuk ke masuk ke dalam Syurga atas Rahmat dan hidayah dari Allah SWT kerana amal dan perbuatan baiknya selama ia berada di dunia, pada saat itulah manusia itu merasakan “Hari Raya” yang sebenarnya.

Kelima, Manusia yang melihat Wajah Allah ketika berada di Syurga, ia boleh langsung bertatapan dengan Allah, pada saat itulah manusia itu merasakan “Hari Raya” yang sebenarnya.

Kata-kata di atas dikatakan hadis Rasulullah SAW tetapi saya tidak dinyatakan periwayat dan sanadnya, kemungkinan hanya hadis Dhaif.

Wallahualam. from www.isuhangat.net

Monday, 6 September 2010

Masjid yang Meriah

Ramai orang yang mengerumuni seorang pemuda beberapa meter sebelum sampai di hadapan masjid. Mereka berebut-rebut mendapatkan air mineral yang diagih-agihkan sebagai sedekah. Aku lihat bagaikan tiada ruang untuk aku dan sahabat-sahabatku untuk berjalan. Terasa diri ini terperangkap dengan lautan manusia. Beginilah keadaan Masjid Amru di Mesir pada 10 hari terakhir Ramadan. Cukup sesak. Ramai yang bepusu-pusu memasuki ruang masjid yang sememangnya agak penuh.

kepenuhan di dalam masjid memang mengagumkan. Memang tidak dapat kita saksikan di mana-mana masjid di Malaysia. Ruang dalam masjid sememangnya meriah dengan suasana orang beriktikaf. Aku bersama-sama sahabatku berpusing-pusing ke sana kemari mencari tempat untuk duduk. Aku lihat di bahagian tengah masjid berebut-rebut orang Arab mengambil air untuk minum. Pada mulanya aku fikir di situ tempat ambil wuduk. Tetapi tulisan Arab jelas tertulis di bahagian tiang 'mamnuk wuduk' iaitu dilarang mengambil wuduk. Tempat nak ambil air tu berpaip, berbentuk bulat dan berkubah di atasnya menyebabkan aku berfikir sedemikian.
tempat ambil air yang aku maksudkan yang berkubah tu

Setelah beberapa minit berjalan-jalan barulah terjumpa tempat kosong untuk duduk dan beriktikaf. Dan salah seorang daripada kami pergi berjalan-jalan mengambil gambar sekitar ruang masjid. Aku melihat dia pergi disuatu ruang untuk mengambil gambar. Pada masa yang sama aku lihat ramai yang mengeliingi dan berkerumun pada pemuda yang membawa beg yang agak besar. Sahabat aku yang berdekatan turut sama melakukan perkara yang sama. Bila dia keluar dari kerumunan tersebut dia kembali ke tempat kami duduk dengan membawa dua bungkus nasi lauk ikan. Aku dan sahabat yang lain pun apa lagi terus pergi tempat tu dan berebut-rebut nak ambil juadah tersebut. Akhirnya dapat juga aku sebungkus nasi. Ada juga yang tak dapat nak ambil nasi tu sebab dah habis. Makanan itu diberi oleh pemuda tersebut sebagai sedekah. Belum cukup dengan itu, ada lagi rezeki yang kami dapat. Ada pak cik tua yang memberi buah tamar kepada kami. Bukan dia seorang saja yang bagi kami buah tamar, lebih dua tiga orang yang bagi. Aku kira kalau dikumpulkan memang cukup satu kotak buah kurma yang selalu dijual di pasaran. Ada yang bagi air, dan macam-macam air diberi. Memang murah rezeki kami hari itu. Kami datang pada mulanya tidak berbekalkan satupun juadah. Dan hasilnya banyak rezeki yang kami terima hari itu. Sebelum menunggu waktu berbuka, kami membaca Al-quran.
memang penuh

Selepas solat maghrib wuduk aku terbatal. Aku pergi ke tempat ambil wuduk. Memang tidak dapat dinafikan ramai yang berebut -rebut ambil wuduk. Aku berhimpit-himpit dalam tempat ambil wuduk tu. Hampir jatuh aku lihat budak arab yang berebut-rebut. Memang tak ada istilah beratur lagi pada waktu itu. Kalau beratur
entah berapa panjang barisan dapat dibuat.
pemandangan pada waktu malam

Solat terawih memang meriah dekat situ. Kehadiran Sheikh Jibril memeriahkan solat terawih di Masjid Amru. Doa qunut semasa solat witir sebenarnya ditunggu ramai. Semasa doa tersebut aku dapat dengar suara tangisan orang arab yang sembahyang berhampiran dengan aku. Aku hanya mendengar dan mengaminkan doa tersebut. Memang aku tak faham doa tersebut. Tetapi cuba memaksa untuk memahamkannya. Satu jam doa qunut dibacakan. Memang lenguh kaki aku menahan. Ada budak kecil arab terduduk-duduk sebab tak tahan.

Selesai semuanya, aku pun keluar masjid tersebut. Nak keluar pun bersesak-sesak dengan lautan manusia. Bila keluar pun penuh. Dan aku lihat sepanjang jalan menuju ke masjid itu ditutup sebab sesak sangat. Menurut pemandu tramco yang membawa kami ke situ dekat 500 m(mengikut anggaran aku bila pemandu tu cakap sampai kat hujung jalan tu) jalan raya masjid digunakan untuk sembahyang. Ramai juga yang beriktikaf pada waktu malam di masjid itu.

Memang jauh berbeza dengan keadaan masjid di malaysia bila dalam 10 malam terakhir ramadan. Kalau kita tengok dekat Malaysia sekarang yang penuh bukan masjid shopping complex yag penuh...


Wednesday, 1 September 2010

Erti merdeka

Apa itu Merdeka? Erti Merdeka bagi sesebuah negara itu ialah ia bebas dari kongkongan penjajah. Sebenarnya merdeka bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada individu contohnya erti merdeka kepada seorang banduan apabila tamat menjalani hukuman.

Erti Merdeka kepada murid sekolah ialah apabila tiba masa cuti dan tamat peperiksaan

Erti Merdeka kepada pekerja apabila bossnya bercuti atau tak datang kerja.

Erti Merdeka kepada Boss pula apabila dapat meyakinkan pekerjanya ‘tahun ni takde bonus’

Erti Merdeka kepada cikgu dan tukang kebun sekolah apabila tiba cuti sekolah

Erti Merdeka kepada suri rumah tangga apabila suaminya telefon “Malam ni abang belanja makan luar”

Erti Merdeka kepada seorang suami apabila, isterinya berkata “Takpelah bang, saya tak tukar perabut baru raya tahun ni”

Erti Merdeka kepada budak lelaki apabila selamat dikhatankan.

Erti Merdeka kepada anak dara apabila ada orang meminangnya.

Erti Merdeka kepada seorang bapa apabila anak daranya sudah bernikah.

Erti Merdeka kepada seorang bibik ialah apabila majikannya pergi kerja kerana dia bebas nak menonton Sinetron.

Erti Merdeka kepada seorang Mat Rempit apabila dapat mencilok dari road block polis.

Erti Merdeka kepada seorang bohsia apabila dapat keluar dari rumah tanpa pengetahuan mak bapaknya.

Erti Merdeka kepada pengemis apabila selesai melakonkan watak OKU selama 5 jam.

Erti Merdeka kepada peniaga apabila kerajaan menaikkan harga barang kawalan sedangkan stok lama dia banyak lagi.

Erti Merdeka kepada peniaga kuih dan tukang jahit apabila selesai memenuhi tempahan raya tahun ini.

Erti Merdeka kepada ayam kampung apabila terdengar tuannya nak membeli ayam import tahun ini.

Novel karya Ramli Awang Mursyid



Berikut adalah novel karya beliau. Terdapat karyanya yang sudah pun saya baca. Novel yang ditulis oleh beliau merupakan novel yang mampu membawa ke alam penulisannya. Kepada peminat novel bolehlah cuba membacanya. Saya pasti anda semua tidak akan menyesal membacanya....

1. Tombiruo (1998)

2. Semangat Hutan (2001) *

3. Tombiruo Terakhir (2004) *
4. Mandatori (2000) 5. Ranggau (1999)
6. Cinta Sang Ratu (2007) *
7. Unggu Karmila (2008)

8. Pei Pan (2002)
9. Anugerah Pertama (2000)

10. Hatiku Di Harajuku (2006)


Nota:
Novel Semangat Hutan dan Tombiruo terakhir adalah sambungan kepada novel Tombiruo. Novel Cinta Sang Ratu adalah novel kedua setelah Novel Bagaikan Puteri dan Novel ketiga dalam Trilogi Bagaikan Puteri ialah Hijab Sang Pencipta (Novel terbaru RAM).

Sipnosis Ringkas:


Sinopsis : TOMBIRUO Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.


Sinopsis : SEMANGAT HUTAN Bila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar... gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu. Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu.
Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?



Sinopsis : TOMBIRUO TERAKHIR Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.
Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan 'Seorang Tombiruo'. Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau? Dan siapakah 'Tombiruo Terakhir' yang mengaku sebagai raja rimba di daerah pedalaman itu? Tombiruo Terakhir... rasailah pergolakan perasaan yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmara dan pertelingkahan.



Sinopsis : MANDATORI Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.
Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!



Sinopsis : RANGGAU Satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat.




Sinopsis : CINTA SANG RATU Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani? Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya. Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya. Inilah kisah pertembungan dua zaman yang pastinya membuatkan anda sayang sekali untuk meninggalkan walaupun satu perkataan kerana ceritanya semakin PANAS!!!

Sinopsis : UNGU KARMILA ATAS nama cinta... mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.
Beberapa tahun berlalu... vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama. Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi. Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan. Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali! RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang `jahat’ sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi... hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa!



Sinopsis : PEI PAN Khianat. Bukan kerja orang jauh. Bukan niat busuk orang asing. Jauh sekali ainaya musuh. Kerja jiwa yang ditunggang nafsu, dipacu iri terasa dikalahi. Melalui perjalanan masa yang panjang, tenang, terselindung baik, tanpa kocak dan prasangka, baru khianat menampakkan wajah sebenar.
Pei Pan cerita tentang kepercayaan, perjuangan, persaingan. Pei Pan cerita tentang perselingkuhan, pembunuhan, pengkomplotan. Pei Pan kisah dunia korporat, penuh warna kehidupan sebu oleh debar meruntum.

Halaman: 443


Sipnopsis : Anugerah Pertama. Keistimewaan yang diberi mampu merungkai misteri.


Sinopsis : HATIKU DI HARAJUKU Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenaya adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.
Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe. Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai?

Halaman :588