Wednesday, 19 January 2011

Akui kelemahan

Sebenarnya aku dah lama nak tulis pasal benda ni… sebenarnya aku rasa aku tak layak nak tulis pasal perkara ni sebab aku pun tak tahu cerita sebenar daripada pelajar terbabit. Tapi atas rasa tanggungjawab aku nak sampaikan nasihat kepada semua. Kita juga perlu ambil iktibar atas apa yang berlaku.

Baru2 ini ada satu isu timbul di Mesir tentang penukaran sebuah persatuan milik pelajar negeri tersebut kepada satu persatuan yang baru yang tiada kaitan dengan satu lagi persatuan yang dikatakan ada kaitan dengan politik pembangkang. Penukaran ini dibuat oleh kerajaan negeri yang mana ketua menterinya sendiri yang mengumumkannya.

Memang banyak bantahan yang dilakukan oleh pelajar negeri tersebut. Hal ini kerana persatuan itu telah lama menaungi pelajar negeri itu. Memang banyak persoalan yang diajukan kepada ketua menteri. Ramai juga yang tidak bersetuju dengan penubuhan persatuan yang baru.

Menurut sumber ada pihak mengatakan persatuan lama hipokrit. Bagaimana kenyataan itu boleh keluar pun tidak dapat dipastikan. Yang pasti persatuan baru yang hendak ditubuhkan mendapat sokongan TYT duta.

Tujuan aku menulis perkara ini bukan nak melaga-lagakan sesebuah pihak. Tapi sebenarnya aku nak beri pendapat tentang apa yang terjadi. Memang ramai yang tak setuju dengan penubuhan persatuan yang baru. Cuba fikir sejenak. Bagaimana sebuah persatuan yang lama menaungi pelajar tidak dapat bertahan lama? Dan kita pergi kepada konteks yang lebih besar bagaimana sebuah kerajaan Islam yang gemilang dahulu boleh jatuh? Sdangkan kerajaan yang besar boleh jatuh inikan lagi persatuan yang kecil. Sedangkan lidah lagi tergigit.

Jangan fikir dua soalan yang aku ajukan tadi tiada kaitan. Soalan tersebut berkait satu sama lain. Seperti apa yang kita tahu apabila adanya kejatuhan sesebuah Negara semestinya adanya kelemahan yang Nampak oleh musuh. Apakah kelemahannya? Cuba fikirkan. Banyak kelemahannya contohnya, kelemahan pimpinan,tentera dan sebagainya. Cuba fikir bagaimana pula persatuan tersebut boleh bertukar?

Satu sahaja kata kuncinya. Kenapa? Kenapa nak tukar? Kenapa kena ada persatuan baru? Kenapa mereka kata kita hipokrit. Kenapa? Cuba muhasabah diri kita apa yang menyebabkan mereka berkata begitu. Apa pula kelemahan persatuan lama? Cuba fikirkan.

Sebagai mahasiswa sememangnya kita tidak dapat lari daripada berfikir. Fikirkan apa kelemahannya. Banyak orang yang bercerita tentang buruk persatuan tersebut daripada baik. Sedangkan persatuan yang lama sememangnya membawa mesej yang baik. Kenapa ada mengatakan keburukan persatuan tersebut. Bagi aku orang tak lihat imej persatuan orang melihat imej ahli dalam persatuan. Adakah ahli persatuan menunjuk imej yang baik.? Lagi satu adakah pihak lain melihat ahli persatuan tersebut mendukung imej yang baik persatuan tersebut.?

Janganlah fikir diri ini terlalu sempurna sampai tidak Nampak kelemahan kita. Ingatlah insan yang sempurna hanyalah Rasulullah SAW insan yang paling sempurna dalam dunia ini. Ayuh buang yang keruh ambil yang jernih. Ayuh bina kekuatan dan jangan mengulangi kesalahan lama. Ketahui kelemahan kita baiki kelemahan.

kepada siapa yang tidak tahu cerita sebenar. ini linknya

No comments:

Post a Comment