Monday, 30 August 2010

Kebebasan yang Sebenar

Merdeka, merdeka, merdeka!!!

itulah laungan keramat yang sering dilaungkan ketika tepat detik 12 tengah malam pada 31 ogos setiap tahun di mana-mana sahaja di Malaysia negara yang tercinta. Tidak kurang hebatnya sambutan di luar negara yang dianjurkan oleh pegawai kedutaan Malaysia di mana-mana negara sekalipun.Namun begitu laungan merdeka ini bukanlah sering dilaungkan pada hari kemerdekaan namun ada juga yang menggunakan pada waktu tertentu. Contohnya, selepas tamatnya peperiksaan diperingkat sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah serta diperingkat universiti juga. Apabila dikenang balik sewaktu bersekolah dulu terasa lucu pun ada bila bersahutan suara-suara muda berteriakan merdeka tanda bebasnya diri kita dari beban peperiksaan.

Apa yang mahu saya mahu kupaskan adalah, adakah anak-muda yang dikatakan harapan negara ini tahu apa maksud kemerdekaan.?? Adakah mereka sudah merasa kita sudah merdeka seluruhnya?? Ini persoalan yang membuat fikiran anak muda zaman sekarang berserabut. Bila ditanya apa makna merdeka macam-macam jawapan yang cukup kreatif yang sering kita dengari dari lafaz bibir mereka. Ada yang menjawab makna merdeka ialah kebebasan. kebebasan yang macam mana? Terlintas di benak fikiran saya persoalan yang boleh dirungkai dari segala macam aspek. Dan pada masa yang sama saya teringat lawak yang ditonjolkan Nabil Raja Lawak.' Apa yang anda rasa bebas sangat dalam negara Malaysia ni???' dijawabnya sebegini ' satu hari saya dalam lif, ada seorang budak bila mahu keluar je lif dia potong dia punya kentut.' itulah dia membebaskan angin dalam badannya. Itulah jawapan orang bodoh sebenarnya. Kalaulah seperti itu gaya jawapannya, budak yang masih dalam sekolah tadika macam adik saya pun boleh jawab macam itu.

penjajahan minda
mind control

Dua patah perkataan yang sering melanda masyarakat kita sekarang ini. Mungkin ada yang tidak perasan yang mereka masih diijajah. Persoalan sudah saya aju seperti diatas tadi adakah rakyat negara kita ini sudah merdeka seluruhnya.?Sebagai mahasiswa yang mempunyai akal yang matang pasti ada jawapannya. Saya tak mahu memberi jawapan tetapi saya rasa pasti ada jawapan dalam fikiran kamu. Mind control sejenis senjata canggih yang mampu menjajah negara-negara lain lebih-lebih lagi negara umat islam. Dengan menggunakan dua patah perkataan in mereka boleh menguasai dunia. Contohnya pengenalan ideologi-ideologi barat seperti fahaman sekular yang meresap masuk ke dalam jiwa anak-anak muda zaman sekarang yang boleh menyesatkan akidah islamiyah mereka. Kekuatan sepatutnya dibina dengan 1 akidah menjadi goyah. Tidak hebatkah senjata canggih mereka.??? Banyak lagi penjajahan minda yang berlaku sebenarnya. untuk mengetahui lebih lanjut tentang penjajahan minda bolehlah menonton video The Arrival di mana-mana laman web ataupun daripada rakan anda.

kalau difikirkan kita sebenarnya boleh mencipta senjata canggih yang boleh menyelamatkan umat islam dan memerangi kafir yang memerangi umat islam. sebagai mahasiswa Islam lebih-lebih lagi ada yang menuntut ilmu di perlembahan Nil ini sepatutnya boleh berfikir lebih matang dan berusaha membebaskan pemikiran-pemikiran yang terjajah ini kembali ke jalan yang sebenar. walaupun kita tidak mampu berperang dengan senjata sepatutnya kita boleh berperang dengan akal fikiran. Sebenarnya senjata kita lebih canggih daripada mereka. Doa kepada Allah senjata tercanggih dulu, kini, dan selamanya.Dan ingatlah sebenarnya kemenangan milik Allah. kita berdoa supaya adanya pemikir yang mampu membina strategi islam untuk membebaskan pemikiran yang terjajah supaya kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

menang dengan otak, tak mesti dengan pedang..

No comments:

Post a Comment