Friday, 29 April 2011

apo nak jadi??

Gempar seluruh Malaysia dengan video lucah yang mengaitkan lelaki yang mirip Dato seri anwar. Aku sebagai rakyat dah rasa meluat dengan scenario politik Negara kita ketika ini. Habis dihidangkan kita yang pelbagai umur dengan cerita sensasi seperti ini(bagi aku tak sensasi langsung...).

Bagi aku cerita ni tak payah nak kasi tahu kat semua orang sampai orang kat seluruh Malaysia dan dunia tahu..media kita pulak suka nak kasi cerita ni jadi sensasi( tak sensasi la bagi aku).

Orang yang dah jumpo video tu pulak tak buleh ko tengok sonyap2. Nak bagi jugak orang tengok..sampai budak bawah umo pun ko nak kasi tengok...kalo ko raso tu hal peribadi ko settle je la dengan dyo one by one tak payah nak kecoh2 seluruh dunio pulak hal tu...kadang2 ekau buek orang makin marah lak eih..

Yang kito lak yang kaki tenet ni lak jangan la nak sebar2 lak video tu..ko nak kono tangkap ko? Haiyo boto korang ni...buat tak tau suda..jangan lak nak jadi penyebar fitnah lak yo...berdoso ko tau tak...

Ha da kuar lak loghat aku...

Bengang pun ada dengan hal ni. Hal dyrang kito lak nak kono ambik tau...

Macam tu la bila dah jadi orang terkenal mesti orang dengki dengan kedudukan kita. Walau apa pun kita di depan Allah swt kita ni terlalu hina. Pangkat dan kedudukan ni hanya sementara..

Tak tahu la ape yang akan terjadi dengan dunia kita..penuh fitnah dari zaman nabi Muhammad saw hidup lagi.. entahlah mungkin fitnah yang paling besar dalam dunia akan terjadi tak lama lagi...wallahualam.

Monday, 24 January 2011

senjata melayu yang digelapkan dalam sejarah

Di dalam buku sejarah kita hanya digambarkan dengan gambar pejuang yang mempertahankan kota melaka hanya bersenjatakan keris, tombak dan sebagainya. .pekembangan dan penggunaan senjata api sudah pasti menarik perhatian dunia pada zaman tersebut.ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?berikut adalah senjata yang digelapkan dalam sejarah.sumber daripada


1.pemuras



2.istinggar


3.lela rentaka

4.lela
bosan juga kalau asyik cerita perang zaman melaka selalu guna keris dengan pedang je....

Friday, 21 January 2011

Waktu2/tempat dan orang mustajab dalam berdoa

1. Sepertiga akhir malam.
2. Doa orang yang berpuasa & saat berbuka puasa bagi orang yang berpuasa.
3. Doa sebelum salam ketika shalat & setiap selepas shalat fardhu.
4. Pada saat perang berkecamuk.
5. Sesaat pada hari jum’at.
6. Pada waktu bangun tidur pada malam hari bagi orang yang sebelum tidur dalam keadaan suci dan berdzikir kepada Allah.
7. Doa diantara Adzan dan Iqamah.
8. Doa pada waktu sujud dalam shalat.
9. Pada saat sedang turun hujan.
10. Pada saat ajal tiba.
11. Pada malam Lailatul Qadar.
12. Doa pada hari Arafah.
13. Pada waktu sahur.
14. Setelah melontar Jumrah.
15. Sepuluh hari pertama di bulan Dzulhijjah.
16. Doa diantara Hajar Aswad dan pintu Ka’bah.
18. Doa seorang muslim terhadap saudaranya dari tempat yang jauh.
19. Orang yang memperbanyak berdoa pada saat lapang dan bahagia.
20. Doa orang yang terzhalimi atau teraniaya.
21. Doa Orang tua terhadap anaknya.
22. Doanya seorang musafir.
23. Doa orang yang dalam keadaan terpaksa, dll.

sumber: http://abangdani.wordpress.com/2010/08/10/doa-doa-di-bulan-ramadhan-semoga-alloh-mengabulkan-doa-anda/

Thursday, 20 January 2011

13 Tahun Dianiaya oleh Sistem Politik Malaysia



Mula-mula aku tak tahu apa yang jadi sebenarnya. Ni sebenarnya ceritanya,

Lepat mahu saman Mahkamah Syariah
Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my
2010/03/16
Sunni Sazali
Sunni Sazali
Tiga belas tahun anak dilarikan bekas isteri

KUALA LUMPUR: Pelukis potret, Ismail Ariffin atau Lepat yang mengalami tekanan perasaan sejak 13 tahun lalu selepas anaknya, Sunni Sazali, dilarikan bekas isterinya, mahu menyaman Mahkamah Syariah negara ini.
Lepat, 42, mengakui kejadian masih menghantui dirinya hinggakan beliau mengalami gangguan emosi dan tekanan hidup kronik kerana berjauhan dengan anaknya yang ketika itu berusia dua tahun.
Dia kecewa dan mendakwa Mahkamah Syariah Pulau Pinang tidak membantu memastikan kes hak penjagaan Sunni mencapai keputusan sama ada memihak kepadanya atau bekas isterinya, warga Britain, Aishah Jane Brummit.

“Selepas berfikir sekian lama, saya rasa keadilan perlu dituntut kerana ia berpunca daripada kelemahan pihak terbabit (Mahkamah Syariah) hingga menyebabkan saya kehilangan Sunni.

“Bila terkenangkan nasib Sunni, terutama soal iman dan risaukan kalimah syahadah Sunni, saya menjadi runsing dan bimbang,” dakwanya ketika dihubungi di Bremen, Jerman di sini, semalam.

Tiga belas tahun lalu, negara dikejutkan berita mengenai Aishah melarikan anaknya hasil perkongsian hidup dengan Lepat selepas pertemuan dengan anaknya atas perintah Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pi-nang, Othman Ibrahim.
Pada 1 April 1997, mahkamah berkenaan mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni setiap pagi Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown.

Bagaimanapun, Aishah mengambil kesempatan daripada perintah itu dengan merancang melarikan Sunni ke luar negara menerusi sempadan di Bukit Kayu Hitam.

Malah, insiden itu bukan yang pertama, sebaliknya setahun sebelum itu, Aishah pernah melarikan Sunni ke negara asalnya sebelum Lepat berusaha ‘merampas’ anak sulungnya itu ketika sedang tidur di kediaman keluarga mentuanya di Devon, England.

Kini, pasangan yang sudah berpisah itu membawa haluan masing-masing dengan Aishah, 38, menetap bersama Sunni, 15, di Devon, manakala Lepat yang berkahwin kali kedua dengan rakyat Jerman, kini tinggal bersama isteri yang juga penuntut peringkat sarjana bidang psikologi di Universiti Bremen, Nor Azlina Caesar Abdullah, 26, dan anak perempuan mereka, Siti Aminah yang berusia tiga tahun di negara berkenaan.

Lepat yang berasal dari Bagan Lebai Tahir, Butterworth, mendakwa kelemahan sistem kehakiman mahkamah berkenaan, di tambah persepsi negatif terhadap dirinya menyebabkan beliau terpaksa menanggung rindu berpisah dengan Sunni.

Menyingkap kejadian pada 5 Julai 1997, Lepat yang menjalani pembedahan pankreas tahun lalu dan menghidap penyakit buah pinggang, berkata tindakannya ‘mengintai’ Sunni dan Aishah dari bangunan bersebelahan balai polis menimbulkan rasa tidak puas hati bekas isterinya, menyebabkan mahkamah mengarahkan beliau tidak mengulangi perbuatan itu.

“Arahan itu juga menyebabkan Sunni berjaya dibawa ke luar negara kerana tidak ada pihak yang mengawasi pergerakan Aishah. Ketika itu, saya ke kedai makanan segera membeli kentang goreng untuk Sunni dan apabila tiba di pekarangan balai polis, kelibat kedua-duanya sudah tidak kelihatan,” dakwanya.

INFO
Rentetan peristiwa

# Februari 1996 – Aishah larikan Sunni ke England kali pertama sebelum
Lepat merampasnya dan membawa pulang ke Malaysia.

# 5 Julai 1997 – Sunni dilarikan Aishah buat kali kedua dengan menyeberangi sempadan di pintu Bukit Kayu Hitam.

# Ogos 1997 - Aishah mendapat hak penjagaan terhadap Sunni daripada mahkamah di London.

Wednesday, 19 January 2011

Akui kelemahan

Sebenarnya aku dah lama nak tulis pasal benda ni… sebenarnya aku rasa aku tak layak nak tulis pasal perkara ni sebab aku pun tak tahu cerita sebenar daripada pelajar terbabit. Tapi atas rasa tanggungjawab aku nak sampaikan nasihat kepada semua. Kita juga perlu ambil iktibar atas apa yang berlaku.

Baru2 ini ada satu isu timbul di Mesir tentang penukaran sebuah persatuan milik pelajar negeri tersebut kepada satu persatuan yang baru yang tiada kaitan dengan satu lagi persatuan yang dikatakan ada kaitan dengan politik pembangkang. Penukaran ini dibuat oleh kerajaan negeri yang mana ketua menterinya sendiri yang mengumumkannya.

Memang banyak bantahan yang dilakukan oleh pelajar negeri tersebut. Hal ini kerana persatuan itu telah lama menaungi pelajar negeri itu. Memang banyak persoalan yang diajukan kepada ketua menteri. Ramai juga yang tidak bersetuju dengan penubuhan persatuan yang baru.

Menurut sumber ada pihak mengatakan persatuan lama hipokrit. Bagaimana kenyataan itu boleh keluar pun tidak dapat dipastikan. Yang pasti persatuan baru yang hendak ditubuhkan mendapat sokongan TYT duta.

Tujuan aku menulis perkara ini bukan nak melaga-lagakan sesebuah pihak. Tapi sebenarnya aku nak beri pendapat tentang apa yang terjadi. Memang ramai yang tak setuju dengan penubuhan persatuan yang baru. Cuba fikir sejenak. Bagaimana sebuah persatuan yang lama menaungi pelajar tidak dapat bertahan lama? Dan kita pergi kepada konteks yang lebih besar bagaimana sebuah kerajaan Islam yang gemilang dahulu boleh jatuh? Sdangkan kerajaan yang besar boleh jatuh inikan lagi persatuan yang kecil. Sedangkan lidah lagi tergigit.

Jangan fikir dua soalan yang aku ajukan tadi tiada kaitan. Soalan tersebut berkait satu sama lain. Seperti apa yang kita tahu apabila adanya kejatuhan sesebuah Negara semestinya adanya kelemahan yang Nampak oleh musuh. Apakah kelemahannya? Cuba fikirkan. Banyak kelemahannya contohnya, kelemahan pimpinan,tentera dan sebagainya. Cuba fikir bagaimana pula persatuan tersebut boleh bertukar?

Satu sahaja kata kuncinya. Kenapa? Kenapa nak tukar? Kenapa kena ada persatuan baru? Kenapa mereka kata kita hipokrit. Kenapa? Cuba muhasabah diri kita apa yang menyebabkan mereka berkata begitu. Apa pula kelemahan persatuan lama? Cuba fikirkan.

Sebagai mahasiswa sememangnya kita tidak dapat lari daripada berfikir. Fikirkan apa kelemahannya. Banyak orang yang bercerita tentang buruk persatuan tersebut daripada baik. Sedangkan persatuan yang lama sememangnya membawa mesej yang baik. Kenapa ada mengatakan keburukan persatuan tersebut. Bagi aku orang tak lihat imej persatuan orang melihat imej ahli dalam persatuan. Adakah ahli persatuan menunjuk imej yang baik.? Lagi satu adakah pihak lain melihat ahli persatuan tersebut mendukung imej yang baik persatuan tersebut.?

Janganlah fikir diri ini terlalu sempurna sampai tidak Nampak kelemahan kita. Ingatlah insan yang sempurna hanyalah Rasulullah SAW insan yang paling sempurna dalam dunia ini. Ayuh buang yang keruh ambil yang jernih. Ayuh bina kekuatan dan jangan mengulangi kesalahan lama. Ketahui kelemahan kita baiki kelemahan.

kepada siapa yang tidak tahu cerita sebenar. ini linknya

Tuesday, 18 January 2011

saling membantu

Seorang ayah meminta anak kecilnya
mengalih pokok kecil yang tumbang

Si anak mengeluh bahawa dia tak mungkin kuat

Ayah memaksa

Anak mencuba, gagal, mengeluh

Ayah memaksa lagi

Anak cuba lagi, lalu menyerah

Anakku, sudahkah kau gunakan semua kekuatanmu?

Sudah!

Belum. Anda belum minta tolong ayah

Maka,

Jadilah peribadi yang saling membantu
dan berdoalah agar engkau mudah dibantu Tuhan.

from

http://www.isuhangat.net/2011/01/himpunan-kata-kata-motivasi/

Sunday, 9 January 2011

Faham


Aku teringat masa sekolah dulu. Ada cikgu tak datang dan cikgu kaunseling masuk menggantikannya di dalam kelas. Agak bosan juga kalau cikgu tak datang. Tapi nasib baik cikgu tu isi dengan aktiviti supaya aku dan rakan2ku tidak kebosanan di dalam kelas....

cikgu tu mula mengedarkan kertas kepada semua murid. Dia memberi arahan kepada anak muridnya supaya melipatkan kertas kepada 4 bahagian.

selepas itu dia menyuruh anak muridnya melukis bulatan pada kertas tersebut..
semua anak muridnya melukis bulatan pada kertas tersebut..

seterusnya, cikgu menyuruh mereka mengangkat kertas mereka dan menunjukkan kepada semua rakan2 mereka.

memang tepat jangkaan cikgu tersebut murid2 akan melukis bulatan di merata bahagian dan bermacam saiz...

ada yang lukis bulat besar, kecil, sedang, lukis di hujung kertas, sebelah bawah kertas dan macam2 lagi...

cikgu pun memberi penjelasan...



"sebenarnya bulatan kamu semua tu boleh jadi sama saiz dan sama bahagian.saya pasti kamu

nak tahu bagaimana caranya.."


"sebelum tu saya nak tanya.."



semasa saya menyuruh kamu melukis bulatan pada kertas itu adakah kamu tahu yang saya mahu bulatan itu dilukis sebesar mana?



murid menjawab" tidak."



"kamu tahu bahagian mana yang saya mahu kamu lukis?"



mereka semua menjawab "tidak...
"


"sepatutnya semasa saya menyuruh kamu lukis bulatan tersebut tak sepatutnya kamu main lukis tanpa mengetahui ciri2 sebenar bulatan tersebut...

dan saya dapat lihat tidak ada seorang pun yang bertanya macam mana itu dan ini....
kalau seorang daripada kamu bertanya apakah ciri bulatan yang cikgu mahu kamu lukis pasti pelajar yang lain juga akan tahu macam mana rupa bentuk bulatan saya mahu..


samalah seperti dalam subjek yang kamu pelajari dalam seharian kamu belajar...

contohnya kalaulah cikgu itu mengajar matematik..saya beri kamu contoh mudah, 2+2=4
kamu tidak tahu macam mana cikgu tu kira dapat 4. Dan kamu mengikut sahaja tanpa memahami apa yang cikgu tu cakap, perkara tersebut agak bahaya..kalau cikgu tersilap memberi jawapan contoh dia jawab 3 dan tiada orang yang faham dan tidak mahu bertanya?? lagi mengundang bahaya. kamu akan menjawab dengan jawapan yang salah selama2nya."


"Apabila kita belajar kita perlu memahami apa yang kita belajar. Janganlah hanya mengikut sahaja tanpa memahami. Banyakkan bertanya. Di samping dapat memahami dan menambah pengetahuan selain apa yang kita belajar dan kita dapat membantu rakan yang lain memahaminya sama...
"