Showing posts with label tips dan kelebihan. Show all posts
Showing posts with label tips dan kelebihan. Show all posts

Sunday, 9 January 2011

Faham


Aku teringat masa sekolah dulu. Ada cikgu tak datang dan cikgu kaunseling masuk menggantikannya di dalam kelas. Agak bosan juga kalau cikgu tak datang. Tapi nasib baik cikgu tu isi dengan aktiviti supaya aku dan rakan2ku tidak kebosanan di dalam kelas....

cikgu tu mula mengedarkan kertas kepada semua murid. Dia memberi arahan kepada anak muridnya supaya melipatkan kertas kepada 4 bahagian.

selepas itu dia menyuruh anak muridnya melukis bulatan pada kertas tersebut..
semua anak muridnya melukis bulatan pada kertas tersebut..

seterusnya, cikgu menyuruh mereka mengangkat kertas mereka dan menunjukkan kepada semua rakan2 mereka.

memang tepat jangkaan cikgu tersebut murid2 akan melukis bulatan di merata bahagian dan bermacam saiz...

ada yang lukis bulat besar, kecil, sedang, lukis di hujung kertas, sebelah bawah kertas dan macam2 lagi...

cikgu pun memberi penjelasan...



"sebenarnya bulatan kamu semua tu boleh jadi sama saiz dan sama bahagian.saya pasti kamu

nak tahu bagaimana caranya.."


"sebelum tu saya nak tanya.."



semasa saya menyuruh kamu melukis bulatan pada kertas itu adakah kamu tahu yang saya mahu bulatan itu dilukis sebesar mana?



murid menjawab" tidak."



"kamu tahu bahagian mana yang saya mahu kamu lukis?"



mereka semua menjawab "tidak...
"


"sepatutnya semasa saya menyuruh kamu lukis bulatan tersebut tak sepatutnya kamu main lukis tanpa mengetahui ciri2 sebenar bulatan tersebut...

dan saya dapat lihat tidak ada seorang pun yang bertanya macam mana itu dan ini....
kalau seorang daripada kamu bertanya apakah ciri bulatan yang cikgu mahu kamu lukis pasti pelajar yang lain juga akan tahu macam mana rupa bentuk bulatan saya mahu..


samalah seperti dalam subjek yang kamu pelajari dalam seharian kamu belajar...

contohnya kalaulah cikgu itu mengajar matematik..saya beri kamu contoh mudah, 2+2=4
kamu tidak tahu macam mana cikgu tu kira dapat 4. Dan kamu mengikut sahaja tanpa memahami apa yang cikgu tu cakap, perkara tersebut agak bahaya..kalau cikgu tersilap memberi jawapan contoh dia jawab 3 dan tiada orang yang faham dan tidak mahu bertanya?? lagi mengundang bahaya. kamu akan menjawab dengan jawapan yang salah selama2nya."


"Apabila kita belajar kita perlu memahami apa yang kita belajar. Janganlah hanya mengikut sahaja tanpa memahami. Banyakkan bertanya. Di samping dapat memahami dan menambah pengetahuan selain apa yang kita belajar dan kita dapat membantu rakan yang lain memahaminya sama...
"

Wednesday, 24 November 2010

Sakit Gigi Cabut atau Tampal



Kebanyakkan orang datang berjumpa doktor gigi kerana gigi yang sakit. Ramai yang beranggapan, jika gigi itu sudah rosak teruk dan sakit maka perlulah dicabut segera tetapi jika gigi yang rosak tetapi tidak sakit, dibiarkan sahaja .

Kenapa kita sakit gigi?

Biasanya gigi sakit kerana terdapat bahagian gigi yang terdedah kepada udara, makanan, minuman dan juga bakteria. Ini termasuk lubang pada gigi yang disebabkan oleh karies, tampalan atau gigi yang retak, tampalan atau gigi yang pecah, bahagian leher gigi yang terdedah kerana gusi yang telah menurun, bahagian leher gigi yang terhakis akibat berusan gigi yang terlalu kuat dengan menggunakan berus keras dan juga bahagian akar gigi yang tidak dilitupi tulang akibat penyakit tulang dan gusi.

Adakah boleh ditampal atau perlu dicabut?

Gigi yang sakit disebabkan lubang pada gigi tidak semestinya dicabut. Kadangkala, sakit gigi akan hilang jika bahagian yang terdedah itu ditampal. Jika lubang pada gigi itu sangat dalam sehingga hampir dengan saraf, maka gigi itu boleh lagi diselamatkan. Biasanya sejenis ubat akan diletakkan kebahagian yang berdekatan dengan saraf dan gigi ditampal dengan tampalan sementara. Biasanya setelah seminggu, dan tiada lagi sakit pada gigi maka gigi itu boleh ditampal seperti biasa. Jika saraf telah terdedah sedikit, maka cara yang sama boleh digunakan tetapi jika saraf yang terdedah agak besar ataupun saraf yang telah dijangkiti kuman, maka gigi itu perlulah dibuat rawatan saraf/Root Canal Treatment (RCT). Jika anda tidak mahu membuat rawatan saraf, maka gigi anda perlulah dicabut. Jika gigi yang sakit mempunyai lubang yang sangat teruk, dalam dan bergoyang maka eloklah dicabut. Gigi yang bergoyang teruk amat susah untuk diselamatkan walaupun gigi itu tidak sakit.

Ramai orang yang tidak sayang pada gigi mereka. Mereka lebih rela mencabut gigi dan memakai gigi palsu..senang katanya. Adakah dengan memakai gigi palsu ini anda akan bebas dari masalah? Sudah tentu tidak. Anda tidak boleh menggunakan gigi palsu seperti gigi asli, kerana ianya tidak sekuat gigi asli. Ia juga boleh patah jika terjatuh, atau jika anda tergigit benda-benda yang keras. Jika anda sentiasa memakai gigi palsu tanpa membukanya, maka gigi-gigi anda yang lain boleh rosak dan juga gusi anda menjadi tidak sihat. Ada orang yang mahu semua giginya dicabut dan mahukan gigi palsu penuh sebagai ganti. Untuk gigi atas, biasanya kurang bermasalah tetapi banyak masalah yang timbul jika kesemua gigi bawah dicabut. Kebanyakkan gigi palsu penuh untuk gigi bawah akan bergoyang dan susah untuk melekat kerana lidah akan sentiasa menolak gigi palsu itu dan tulang yang semakin menurun akan menyebabkan gigi palsu tidak mahu melekat. Anda tidak akan boleh menikmati semua makanan kerana gigi palsu tidak seperti gigi asli, makanan yang keras dan liat susah untuk hancur.

Gigi manusia memanglah kuat dan tahan lama..anda hanya perlu menjaganya sahaja. Sangkaan orang yang gigi akan rosak semasa mengandung dan gigi semakin bergoyang kerana usia adalah salah. Yang penting ialah penjagaan dan pemakanan. Ada orang yang umurnya telah lanjut tetapi giginya masih elok lagi. Ada orang yang umurnya masih muda tetapi banyak giginya telah tiada. Semua ini bergantung kepada diri anda sendiri untuk menentukan apakah nasib gigi anda di masa depan. Janganlah mengambil jalan mudah untuk menghilangkan sakit gigi dengan mencabut gigi. Ada banyak lagi cara lain yang boleh dibuat untuk menyelamatkan gigi anda.

Mencegah lebih baik dari merawat. Seelok-eloknya, rajinlah berjumpa doktor gigi untuk mencegah dari berlakunya kerosakan teruk pada gigi anda dan seterusnya mengelakkan anda dari mengalami sakit gigi. Jika gigi anda sakit, janganlah terus beranggapan gigi itu perlu dicabut. Tanyalah pada doktor gigi jika gigi itu boleh diselamatkan atau tidak. Ingatlah bahawa gigi palsu tidak sebagus gigi asli.

from.http://drleen.wordpress.com/2007/06/05/sakit-gigi-cabut-atau-tampal/.

Saturday, 24 July 2010

Tips Hilangkan Rasa Mengantuk


bagi siapa yang rasa mengantuk je bila study bolehlah amalkan perkara2 ni.Aku pun rasa ngantuk bila study. kadang2 tu bila dah study atas katil mudah je aku terlelap. Penat kut masa fokus benda yang nak kena study. Dalam keadaan kita sebagai seoang pelajar memang kebiasan apabila rasa ngantuk bila study. Tanya je la siapa2 yang tak pernah rase ngantu bila study. BIla dah ngantuk tu macam2 cara la dibuat. tetapi adakah cara tu berkesan.?? cara yang aku bagi ni tak tau la berkesan ke tidak... tapi boleh la cuba


1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar – pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.

2. Lakukanlah dengan minat – Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat saya, lakukanlah juga studi ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran anda supaya anda jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.

3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek – Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!

4. Dapatkan tidur yang cukup –

penat habiskan baca semua buku....

Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.

Anda mengantuk, kemudian anda belajar, anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.

5. Minum air kosong – Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian.

selalulah mengingati ibubapa dan doakan mereka...

6. Ingat emak ayah – Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak studi ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila jiwa mereka sentiasa bersama anda.


renung2kan dan selamat beramal

salam.


Makanan yang Baik untuk Gigi dan Gusi

Kesihatan gigi sangat penting bagi setiap insan. kita perlu menjaga gigi dan gusi kita daripada terhindar kepada kuman dan bakteria yang boleh menyebabkan bau mulut dan penyakit gigi.Ada kajian menunjukkan bahawa memiliki mulut yang sihat dapat menghindarkan diri daripada penyakit jantung, strok, kelahiran bayi pramatang dan penyakit2 yang lain.cukupkah dengan memberus sahaja dapat menyihatkan gigi.? sebenarnya faktor makanan penting untuk gigi yang sihat. Antara makanan yang baik untuk gigi ialah...

Buah yang kaya vitamin C
buah belimbing, jambu, kiwi, limau bali, limau manis, rambutan strawberi mempunyai kandunan vitamin c yang tinggi untuk menjaga kesihatan gusi.Kajian ada menunjukkan bahawa gusi akan rosak sekiranya pengambilan vitamin c yang kurang mencukupi.
Makanan yang mempunyai vitamin B dan asid folat.
asid folat diperlukan dalam jumlah yang besar untuk menjaga gusi dan seluruh kawasan mulut. Vitamin B didapati pada sayuran hijau dan ragi..

Lobak
kandungan didalam lobak boleh melambatkan aktiviti bakteria dalam mulut yang boleh menyebabkan gigi reput.
Bijan
bijan hitam dan putih bermanfaat bagi pertumbuhan gigi. Bijan kaya dengan mineral dan kalsium untuk tulang disekitar gusi.Pengambilan bijan juga boleh membersihkan plak gigi.

Keju
Mampu menyeimbangkan pH dalam mulut. pH asid dalam mulut mampu menyebabkan pertumbuhan bakteria yang mendorong gigi berlubang.
Pengambilan keju juga akan membentuk kembali email gigi dan menghasilkan saliva (air liur) yang mampu membunuh bakteria yang menyebabkan gigi reput dan sakit.komposisi karbohidrat dalam keju yang rendah dan tinggi kalsium, dan juga kandungan fosfur mampu mengawal pertumbuhan bakteria penyebab gigi reput.

Bawang Bombay
ramai diantara kita yang kurang selesa dengan bau mulut setelah memakan bawang. Namun, mengunyah bawang boleh membunuh bakteria dalam mulut kerana mengandungi sulfur
Bawang putih
Bawang putih mengandung zat tertentu yang dapat meredakan sakit pada gigi.
Seledri
makanan yang baik dimakan mentah kerana penghasilan saliva lebih banyak dan mampu membunuh bakteria Streptococcus penyebab gigi berlubang.

Teh hijau
mengandungi Catechins yang mampu membunuh bakteria dalam mulut yang mengubah gula menjadi plak.

Wednesday, 7 July 2010

Kelebihan Bersugi



Bersugi itu adalah sunat mu'akad tatkala berubah bau mulut dengan makan makanan yang keji (yang kuat baunya).Pahala sembahyang orang yang bersugi adalah 70 kali ganda.
Sunat bersugi dengan sesuatu yang kesat ketika hendak sembahyang, bertukar bau mulut kerana makanan, diam lama atau tidur.Bersugilah kita pada tiap-tiap hal dan tiap-tiap ketika.
Contohnya: ketika mengambil wuduk, sebelum takbirratulikhram, sebelum membaca Al-Quran, ketika sakit mata, sebelum berzikir, sebelum masuk masjid, sebelum keluar masuk rumah dsbgnya.

Fadhilat (kelebihan) Bersugi

-Menyucikan mulut
-Membaikkan bau mulut
-Membetulkan tulang belakang
-Membetulkan mai’dah (sistem penghadaman)
-Menegak & menguatkan gusi
-Melambatkan uban
-Menjernihkan kejadian warna tubuh
-Bertambah cerdik
-Menambahkan akal
-Menanbahkan amal
-Memudahkan keluar nyawa
-Memudahkan menyebut syahadah tatkala sakratulmaut
-Keluasan pada kehidupannya (tenang)
-Mumurahkan rezeki
-Menghindarkan sakit dalam kepala
-Memutuskan kahak
-Menguatkan gigi
-Mencerahkan mata
-Menambahkan fasih
-Membaikkan hafaz
-Menyucikan hati
-Menambahkan kebajikan
-Menyukakan malaikat
-Mehinakan syaitan
-Menghilangkan karang gigi
-Memudahkan hancur makanan
-Mustajab doa
-Mencerahkan muka
-Berjabat tangan dengan malaikat
-Menyanjung akan dia oleh malaikat selepas sembahyang
-Diberi suratan amalan (buku) dengan tangan kanan
-Hapuskan kusta
-Menjinakkan oleh malaikat dalam kubur
-Mendatangkan oleh malaikatmaut tat kala mengambil nyawa dengan rupa yang elok
-Menghebatkan bagi seteru.
sentiasalah kita bersugi yea!!!!