Wednesday, 7 July 2010

Kelebihan Bersugi



Bersugi itu adalah sunat mu'akad tatkala berubah bau mulut dengan makan makanan yang keji (yang kuat baunya).Pahala sembahyang orang yang bersugi adalah 70 kali ganda.
Sunat bersugi dengan sesuatu yang kesat ketika hendak sembahyang, bertukar bau mulut kerana makanan, diam lama atau tidur.Bersugilah kita pada tiap-tiap hal dan tiap-tiap ketika.
Contohnya: ketika mengambil wuduk, sebelum takbirratulikhram, sebelum membaca Al-Quran, ketika sakit mata, sebelum berzikir, sebelum masuk masjid, sebelum keluar masuk rumah dsbgnya.

Fadhilat (kelebihan) Bersugi

-Menyucikan mulut
-Membaikkan bau mulut
-Membetulkan tulang belakang
-Membetulkan mai’dah (sistem penghadaman)
-Menegak & menguatkan gusi
-Melambatkan uban
-Menjernihkan kejadian warna tubuh
-Bertambah cerdik
-Menambahkan akal
-Menanbahkan amal
-Memudahkan keluar nyawa
-Memudahkan menyebut syahadah tatkala sakratulmaut
-Keluasan pada kehidupannya (tenang)
-Mumurahkan rezeki
-Menghindarkan sakit dalam kepala
-Memutuskan kahak
-Menguatkan gigi
-Mencerahkan mata
-Menambahkan fasih
-Membaikkan hafaz
-Menyucikan hati
-Menambahkan kebajikan
-Menyukakan malaikat
-Mehinakan syaitan
-Menghilangkan karang gigi
-Memudahkan hancur makanan
-Mustajab doa
-Mencerahkan muka
-Berjabat tangan dengan malaikat
-Menyanjung akan dia oleh malaikat selepas sembahyang
-Diberi suratan amalan (buku) dengan tangan kanan
-Hapuskan kusta
-Menjinakkan oleh malaikat dalam kubur
-Mendatangkan oleh malaikatmaut tat kala mengambil nyawa dengan rupa yang elok
-Menghebatkan bagi seteru.
sentiasalah kita bersugi yea!!!!

Tuesday, 6 July 2010

Shoutul Harokah - Merah Saga (Palestin)

bersama menghayati nasyid ini.....

kumpulan Nasyid di Malaysia

Nasyid sering dikaitkan dengan medium dakwah. Mengikut perkembangan semasa, wajar nasyid dijadikan wadah memperjuangkan agama islam. Hari berganti hari dan generasi beralih generasi kebanyakan lagu2 nasyid ini kurang diperdendang oleh generasi kini. Mereka lebih suka memilih lagu daripada band2 indie. Mungkin genre muzik ini menjadi tarikan anak muda kita zaman sekarang. Pada masa yang sama kumpulan nasyid kontemporari juga bagai tumuh cendawan selepas hujan. Namun begitu medium dakwah juga dapat sampai dalam hati sanubari setiap insan. Kumpulan nasyid di Malaysia mempunyai identiti masing2. Hal inilah yang menyebabkan mereka popular lantas dalam masa yang sama mereka dapat mengembangkan dakwah dengan cara mereka. Kelunakan suara vokalis juga memainkan peranan penting dalam sesbuh kumpulan nasyid. banyak kumpulan nasyid di Malaysia yang popular dan lagu2 mereka masih kedengaran. antaranya ialah

1.Rabbani
kumpulan nasyid yang popular dengan lagu Pergi tak Kembali. lagu ini masih kedengaran di corong2 radio. Lagu yang menginatkan tentang mati. vokalisnya telah kembali ke Rahmatullah iaitu ustaz Asri. kelunakan suara Allahyarham menjadikan kumpulan ini sentiasa segar. Kumpulan ini pernah juga berduet dengan artis yang ternama seperti Mawi dan lain2 lagi. bersama samalah kita sedekahkan Al-fatihah kepada vokalis kumpulan ini.

2.Hijjaz
kumpulan nasyid yang popular dengan lagu Rasulullah. Lagu berkisarkan perjuangan Rasulullah yang lain juga pernah didendangkan oleh kumpulan nasyid ini yaitu Dia kekasih Allah. kumpulan yang telah lama bertahan dalam industri muzik. sejak kecil lagi saya mendengar lagu kumpulan ini. Lagu2nya mempunyai mesej dakwah untu kita semua. vokalis kumpulan ini pernah merakamkan album zikir.



3. Raihan
kumpulan yang pernah membuat persembahan di luar negara. Pernah mendendangkan nasyid dalam bahasa Inggeris, cina ,dan India/hindi. antara kumpulan yang masih bertahan.Antara lagu yang popular puji-pujian, Allahu, dan syukur. Juga pernah mendendangkan selawat2.
4.In-Team

In-Team by kelady.
orang katakan kumpulan nasyid jiwang. Namun jiwang2 mereka ada juga mesej yang disampaikan. lagu banyak berkisarkan cinta suci. lagu tersebut menjadi lagu yang sering didengari muslimah2 hehe.

5.Mirwana
Kumpulan Mirwana merupakan sebuah kumpulan penyanyi yang aktif di Malaysia.Kumpulan Mirwana pernah memenangi Anugerah Era dan seterusnya dicalonkan dalam kategori Penyanyi Nasyid Popular bagi ANUGERAH Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2004. lagu popular aku tanpa cintamu duet dengan Jay2

oleh itu banyak2 la dengar lagu nasyid kerana lagu ini ada medium dakwah yang diselitkan kepada pendengar.

Ahmed Hoosen Deedat Ulama' Ulung



Sheikh Ahmed Hoosen Deedat Al-Hafiz (lahir 1 Julai 1918 – meninggal 8 Ogos 2005 pada umur 87 tahun) adalah seorang cendekiawan Muslim dalam bidang perbandingan agama (comparative religion). Beliau juga merupakan seorang pengarang, pensyarah, dan juga pemidato. Beliau dikenali dunia sebagai salah seorang pakar pembicara yang amat handal khususnya dalam sesi perdebatan umum yang memerihalkan tentang masalah keagamaan Islam bersama agama-agama lain. Pada tahun 1957, Deedat bersama dua orang temannya telah mendirikan Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan beliau telah menjadi Presidennya sehingga tahun 1996. Deedat meninggal dunia pada tahun 2005 akibat mengalami angin ahmar yang telah dideritanya sejak tahun 1996.

Masa kecil

Ahmed Hoosen Deedat dilahirkan di daerah Surat, India, pada tahun 1918. Beliau tidak dapat kekal bersama dengan ayahnya sehingga tahun 1926. Ayahnya adalah seorang penjahit, akibat dari pekerjaannya itu (ayah Deedat) telah berhijrah / berimigrasi ke Afrika Selatan tidak lama setelah kelahiran Ahmed Deedat.
Tanpa pendidikan formal dan untuk menghindari dari kemiskinan yang amat larat, Ahmed Deedat telah pergi ke Afrika Selatan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik bersama ayahnya pada tahun 1927. Perpisahan Deedat dengan ibunya pada tahun kepergiannya ke Afrika Selatan untuk menyusul ayahnya itu adalah saat terakhir ia bertemu ibunya dalam hidupnya kerana ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan kemudian (dari tarikh penghijrahan Deedat bersama ayahnya ke Afrika Selatan).
Di negeri yang asing, seorang anak lelaki kecil berusia 9 tahun tanpa berbekal pendidikan formal dan penguasaan bahasa Inggeris telah mula menyiapkan peran yang harus dimainkannya berpuluh-puluh tahun kemudian tanpa disedarinya.
Dengan ketekunannya dalam belajar, anak laki-laki kecil tersebut (yakni Deedat) tidak hanya dapat mengatasi hambatan bahasa asing, tetapi juga unggul di sekolahnya. Kegemaran dan hobi Deedat dalam membaca telah menolongnya untuk memudahkan dirinya mendapatkan promosi pendidikan sehingga beliau tamat pendidikan pada darjah 6.
Yang terpenting sekali adalah pada tahun 1936, sewaktu beliau bekerja di kedai / toko Muslim berdekatan sebuah sekolah menengah Kristian di pantai selatan Natal. Penghinaan yang tidak henti-henti dari siswa Misionaris menantang Islam selama kunjungan mereka ke toko Muslim telah menanamkan keinginan beliau yang membara untuk melakukan aksi menghentikan propaganda Kristian yang salah itu.

Mempelajari kitab Bible

Ahmed Deedat telah berjaya menemukan sebuah buku berjudul Izharul-Haq yang bererti mengungkapkan kebenaran. Buku ini berisi teknik-teknik dan keberhasilan usaha-usaha umat Islam di India yang sangat besar dalam membalas gangguan Misionaris Kristian selama penaklukan Inggeris dan pemerintahan India. Secara khusus, idea untuk menangani debat telah berpengaruh besar dalam jiwa dan diri Ahmed Deedat. Ahmed Deedat juga turut menghafaz Al-Quran sehinggakan beliau digelar Al-Hafiz.
Beberapa minggu setelah itu, Ahmed Deedat membeli Injil pertamanya dan mula melakukan debat dan diskusi dengan siswa-siswa misionaris. Ketika siswa misionaris tersebut mundur dalam menghadapi argumen balik Ahmed Deedat, secara peribadi telah memanggil guru teologi Kristian kepada siswa-siswa misionaris untuk berdebat bersamanya, bahkan pendeta-pendeta Kristian di daerah tersebut juga turut diajak berdebat bersama Deedat.
Keberhasilan-keberhasilan ini telah memacu Ahmed Deedat untuk berdakwah. Bahkan perkahwinan, kelahiran anak, dan persinggahan sebentar selama tiga tahun ke Pakistan sesudah kemerdekaannya tidak mengurangi keinginannya untuk membela Islam dari penyimpangan-penyimpangan yang memperdayakan hasil dari para misionaris Kristian yang tidak bertanggungjawab.
Dengan semangat misionaris untuk menyebarkan agama Islam, Ahmed Deedat telah membenamkan dirinya pada sekumpulan kegiatan lebih dari tiga dekad yang akan datang. Beliau memimpin kelas bagi matapelajaran Injil dan memberi sejumlah kuliah ilmu. Beliau mendirikan As-Salaam, sebuah institut untuk melatih para pendakwah Islam. Ahmed Deedat, bersama-sama dengan keluarganya, hampir seorang diri mendirikan bangunan-bangunan termasuk Masjid yang masih dikenali sehingga saat ini.
Ahmed Deedat adalah anggota paling awal yang menganggotai Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan menjadi Presidennya, sebuah posisi yang dipegangnya sampai tahun 1996. Ia menerbitkan lebih dari 20 buku dan menyebarkan berjuta-juta salinan secara percuma. Ahmed Deedat mengirim beribu-ribu materi kuliah ke seluruh dunia dan mendebat dengan pengabar-pengabar Injil pada debat umum. Beribu orang telah memeluk Islam atas rahmat Allah serta hasil usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat lelah.
Sebagai penghargaan yang tertinggi untuk prestasinya yang bersejarah itu, beliau telah dianugerahkan penghargaaan antarabangsa dari Raja Faisal pada tahun 1986. Penghargaan yang sangat berharga dalam dunia Islam.

Akhir hayat

Sisa sembilan tahun usia hidupnya, Ahmed Deedat hanya boleh berbaring di tempat tidurnya di Verulam, Afrika Selatan. Dan akhirnya pada 8 Ogos 2005, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya di Trevennen Road di Verulam, provinsi KwaZulu-Natal, Durban. Beribu orang yang kebanyakan dari umat Islam telah berhimpun dirumahnya dan menunaikan Solat jenazah untuknya. Lantas jasad beliau dimakamkan di pemakaman Verulam.

Karya Tulisan


Buku The Choice: Dialog Islam-Kristian adalah buku antara paling terlaris dijual didunia yang ditulis oleh Ahmed Deedat. Buku ini telah disebarkan secara meluas ke Afrika Selatan hingga ke Eropah, Asia, Oceania, bahkan Amerika Utara dan Selatan.
Dalam buku ini Deedat mengupas tuntas perbezaan antara Islam dan Kristian. Beliau mengupas habis-habisan beberapa kesalahan yang beliau temukan dalam Alkitab baik dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.
Berkat usaha penulisan dan penerbitan buku ini pula, beberapa tokoh Kristian telah memeluk Islam. Diantaranya adalah Kenneth Jenkins (sekarang berganti nama menjadi Abdullah al-Faruq) dan mantan misionaris Gary Miller (sekarang namanya adalah Abdul-Ahad Omar).
Terdapat juga naskah pita kaset rakaman suara yang diterjemahkan dari bahasa Inggeris ke bahasa Indonesia yang diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Da'i dengan judul Benarkah Jesus Tuhan: Debat Kontemporer Ahmed Deedat vs Dr Anis Shorosh. Pita kaset rakaman ini diambil dari suatu sesi perdebatan berprestij antara Ahmed Deedat(sebagai pendebat Islam) dan Dr Anis Shorosh (sebagai pendebat Kristian) pada tahun 1985. Perdebatan telah berlaku di Dewan Utama Royal Albert Hall, London, Britain. Beribu pendengar telah hadir ke dalam sesi perdebatan antaranya adalah Yusuf Islam. Hasil sesi perdebatan tersebut telah berjaya mengajak lebih banyak masyarakat dunia khususnya masyarakat London untuk memahami Islam secara lebih mendalam.

Izzatul Islam - Panggilan Suci

Isu Palestin Isu Ummah


Penakhlukan bumi palestin oleh kaum yahudi yang rosak bukanlah isu rakyat palestin sahaja. Tetapi ini adalah isu yang harus diambil tahu oleh komuniti islam diseluruh pelusuk dunia tidak kira apa bangsa sekalipun. Kita mempunyai satu akidah yang sama. Telah dinyatakan didalam Al-Quran 'sesungguhnya mukmin itu bersaudara'.Apakah buktinya??? Seharusnya apabila saudara seislam kita dizalimi, kita harus sensitif dengan apa yang berlaku bak kata pepatah 'cubit paha kanan paha kiri terasa juga'.Apakah yang kita lakukan tatkala saudara kita ditembak, dibedil dengan peluru kereta kebal,dan bom,diperkosa dan sebagainya. Adakah kita mahuberpeluk tubuh sahaja. Apakah kita terlupa bahawa kita ini bersaudara. Begitu ramai umat islam didalam dunia ini tidak dapat mengalahkan kaum yahudi yang rosak ini.?? Pada suatu hari saya berjalan-jalan di Terminal 1 Seremban. Saya ternampak sebuah pameran yang berkisarkan penderitaan umat islam di Palestin. saya sempat singgah ke pameran tersebut membeli buku sebagai sumbangan yang tak seberapa kepada rakyat palestin. Saya amat sedih melihat gelagat anak muda yang mEngaku dirinya islam. Saya melihat sebilangannya tidak mengendahkan pameran tersebut.Apa nak jadi wahai pemuda pemudi harapan bangsa sekelian?? tidak sedarkah bahawa yahudi yang rosak ini mahu menghancurkan kamu?? Amat geram pun ada dengan tindakan mereeka. Mereka lebih mengambil kisah tentang kisah cinta mereka entah berkesudahan dengan ikatan ataupun tidak. Berdating tak ingat dunia sekeliling. marilah kita berdoa agar mereka ini diberi kesedaran tentang isu ini. Ingatlah walaupun kita tidak dapat berperang mengangkat senjata untuk mereka kita boleh menyokong mereka dengan memberi sumbangan ikhlas dan membantu memboikot barangan yahudi. Jika semua umat islam bersatu mungkin yahudi yang rosak ini akan menggigil lutut kerana takutkan kemaraan islam dalam satu barisan. Bangunlah saudara-saudaraku bina kekuatan. kalau kita lihat tentera israel semuanya penakut kerana mereka lebih takut mati diketuk dengan besi dan dibaling dengan batu. kita juga boleh berdoa agar rakyaat palesti diberi kekuatan, ketabahan dan KEMENANGAN kerana kemenangan itu milik Allah.

ALLAHUAKBAR!!!!

Monday, 5 July 2010

Penyakit Gusi dan Kaitan Dengan Penyakit Lain





















Gigi sihat, gusi sihat senyuman menawan. Semua orang inginkan gigi yang cantik supaya dpat memikat hati semua orang dengan senyuman menawan. namun begitu kita seharusnya menjaga kesihatan dan kecantikan gigi kita. mengikut daripada pembacaan saya ada penyakit yang berkaitan dengan penyakit gusi.
Antaranya ialah:-

1.Diabetes
walaupun lebih banyak kajian yang diperlukan, seperti apa yang kita tahu penakit gusi boleh manigkatkan gula dalam darah pesakit diabetes.

2.penyakit pernafasan
jangkitan mulut seperti penyakit gusi ada kaitannya dengan risiko jangkitan pernafasan yang meningkat.

3.penyakit jantung
ada teori yang mengaitkan penyakit gusi dengan masalah jantung. Salah satunya mengatakan bahawa bakteria oral boleh mempengaruhi jantung apabila memasuki saluran darah,melekat pada plak berlemak dalam pembuluh jantung lalu menakibatkan darah beku.Indivdu yang mengalami masalah gusi 2 kali lebih cenderung menderita penyakit arteri koronari yang boleh menyebabkan serangan jantung.

4.kelahiran bayi pramatang
wanita hamil dengan masalah gusi 7 kali lebih berkemungkinan melahirkan bayi sebelum tiba masanya. bayi juga terlalu kecil.