Showing posts with label penyakit dan penawar. Show all posts
Showing posts with label penyakit dan penawar. Show all posts

Wednesday, 24 November 2010

Sakit Gigi Cabut atau Tampal



Kebanyakkan orang datang berjumpa doktor gigi kerana gigi yang sakit. Ramai yang beranggapan, jika gigi itu sudah rosak teruk dan sakit maka perlulah dicabut segera tetapi jika gigi yang rosak tetapi tidak sakit, dibiarkan sahaja .

Kenapa kita sakit gigi?

Biasanya gigi sakit kerana terdapat bahagian gigi yang terdedah kepada udara, makanan, minuman dan juga bakteria. Ini termasuk lubang pada gigi yang disebabkan oleh karies, tampalan atau gigi yang retak, tampalan atau gigi yang pecah, bahagian leher gigi yang terdedah kerana gusi yang telah menurun, bahagian leher gigi yang terhakis akibat berusan gigi yang terlalu kuat dengan menggunakan berus keras dan juga bahagian akar gigi yang tidak dilitupi tulang akibat penyakit tulang dan gusi.

Adakah boleh ditampal atau perlu dicabut?

Gigi yang sakit disebabkan lubang pada gigi tidak semestinya dicabut. Kadangkala, sakit gigi akan hilang jika bahagian yang terdedah itu ditampal. Jika lubang pada gigi itu sangat dalam sehingga hampir dengan saraf, maka gigi itu boleh lagi diselamatkan. Biasanya sejenis ubat akan diletakkan kebahagian yang berdekatan dengan saraf dan gigi ditampal dengan tampalan sementara. Biasanya setelah seminggu, dan tiada lagi sakit pada gigi maka gigi itu boleh ditampal seperti biasa. Jika saraf telah terdedah sedikit, maka cara yang sama boleh digunakan tetapi jika saraf yang terdedah agak besar ataupun saraf yang telah dijangkiti kuman, maka gigi itu perlulah dibuat rawatan saraf/Root Canal Treatment (RCT). Jika anda tidak mahu membuat rawatan saraf, maka gigi anda perlulah dicabut. Jika gigi yang sakit mempunyai lubang yang sangat teruk, dalam dan bergoyang maka eloklah dicabut. Gigi yang bergoyang teruk amat susah untuk diselamatkan walaupun gigi itu tidak sakit.

Ramai orang yang tidak sayang pada gigi mereka. Mereka lebih rela mencabut gigi dan memakai gigi palsu..senang katanya. Adakah dengan memakai gigi palsu ini anda akan bebas dari masalah? Sudah tentu tidak. Anda tidak boleh menggunakan gigi palsu seperti gigi asli, kerana ianya tidak sekuat gigi asli. Ia juga boleh patah jika terjatuh, atau jika anda tergigit benda-benda yang keras. Jika anda sentiasa memakai gigi palsu tanpa membukanya, maka gigi-gigi anda yang lain boleh rosak dan juga gusi anda menjadi tidak sihat. Ada orang yang mahu semua giginya dicabut dan mahukan gigi palsu penuh sebagai ganti. Untuk gigi atas, biasanya kurang bermasalah tetapi banyak masalah yang timbul jika kesemua gigi bawah dicabut. Kebanyakkan gigi palsu penuh untuk gigi bawah akan bergoyang dan susah untuk melekat kerana lidah akan sentiasa menolak gigi palsu itu dan tulang yang semakin menurun akan menyebabkan gigi palsu tidak mahu melekat. Anda tidak akan boleh menikmati semua makanan kerana gigi palsu tidak seperti gigi asli, makanan yang keras dan liat susah untuk hancur.

Gigi manusia memanglah kuat dan tahan lama..anda hanya perlu menjaganya sahaja. Sangkaan orang yang gigi akan rosak semasa mengandung dan gigi semakin bergoyang kerana usia adalah salah. Yang penting ialah penjagaan dan pemakanan. Ada orang yang umurnya telah lanjut tetapi giginya masih elok lagi. Ada orang yang umurnya masih muda tetapi banyak giginya telah tiada. Semua ini bergantung kepada diri anda sendiri untuk menentukan apakah nasib gigi anda di masa depan. Janganlah mengambil jalan mudah untuk menghilangkan sakit gigi dengan mencabut gigi. Ada banyak lagi cara lain yang boleh dibuat untuk menyelamatkan gigi anda.

Mencegah lebih baik dari merawat. Seelok-eloknya, rajinlah berjumpa doktor gigi untuk mencegah dari berlakunya kerosakan teruk pada gigi anda dan seterusnya mengelakkan anda dari mengalami sakit gigi. Jika gigi anda sakit, janganlah terus beranggapan gigi itu perlu dicabut. Tanyalah pada doktor gigi jika gigi itu boleh diselamatkan atau tidak. Ingatlah bahawa gigi palsu tidak sebagus gigi asli.

from.http://drleen.wordpress.com/2007/06/05/sakit-gigi-cabut-atau-tampal/.

Friday, 15 October 2010

Kebiasaan yang menyebabkan gigi rosak

Berikut ini adalah 5 kebiasaan yang dapat menyebabkan kerosakan gigi, diterjemah dari AOL Health, 13/6/2010.

isuhangat

1. Mengunyah di malam hari
Dibandingkan siang , pengeluaran air liur berkurangan pada malam hari. Ini kerana salah satu fungsi air liur ialah membersihkan gigi dari sisa makanan, maka mengunyah makanan di malam hari boleh menyebabkan gigi mudah tanggal. Kajian mengenai ini pernah terdapat dalam jurnal Eating Behaviour. Bukan bererti tidak boleh makan tetapi seperti mengunyah kacang, makanan ringan dan sebagainya.

2. Bernafas melalui mulut

Kadang-kadang ketika termengah-mengah semasa bersukan atau membuat kerja berat, kita selalu bernafas melalui mulut. Hal ini menyebabkan air liur di rongga mulut berkurang. Padahal menurut doktor gigi yang berasal dari Texas, Anna Dees, air liur juga berfungsi menjaga lapisan gigi agar tidak membusuk.

3. Mengigit kuku

Bukan sahaja merosakkan kuku itu sendiri, kebiasaan buruk yang sering dilakukan kanak-kanak ini menyebabkan kerosakan serius di gigi dan gusi. Akar gigi mengalami perubahan bentuk kemudian membawa gingivitis (radang gusi), sekaligus meningkatkan risiko bruxism atau pergerakan gigi yang tidak dikehendaki seperti menggeselkan gigi semasa tidur.

4. Minum jus dan soda terus dari botol

Meneguk terus dari botol menyebabkan pertemuan air minuman dan gigi. Kandungan gula dan asam yang tinggi dapat membuat gigi cepat membusuk. Risiko ini boleh dikurangi jika minum dengan menggunakan strawa kerana air minuman masuk ke mulut iaitu di belakang gigi.

5. Gosok gigi secara melintang (horizontal)

Kerosakan yang terjadi semasa menggosok gigi secara horizontal ialah terkikisnya lapisan enamel. Akibatnya gigi menjadi rapuh, mudah patah dan diserang penyakit. Doktor gigi menganjurkan cara memberus gigi secara menegak (vertical) dengan berus gigi lembut untuk menghindari kerosakan enamel.

Friday, 17 September 2010

Makanan dan Minuman Perosak Warna Gigi

Selamat hari raya. Dihari raya yang meriah ini kadang-kadang ada juga yang tidak mengambil endah tentang kesihatan gigi. Maklumlah bila hari raya semua benda yang di depan mata semua nak disambar. Bila nampak makanan atau minuman yang sedap pasti akan dicuba. Mungkin kita tak sedar makanan dan minuman yang kita ambil pada hari raya ini baik atau tidak untuk gigi. Tetapi jangan risau di dalam post ini tiada satupun juadah hari raya menjadi perosak pada gigi. Tetapi ingat beruslah gigi selalu.
minuman yang merosakkan warna gigi

1. Kopi, soda.

kedua-dua minuman tersebut memiliki warna yang pekat dan jika tidak langsung dibersihkan boleh meninggalkan kesan pada gigi. Jadi pastikan setelah meminumnya, Anda segera memberus gigi atau minimum berkumur.

2. Rokok.

Tidak hanya memberi kesan pada kesihatan Anda, rokok juga membuat gigi menjadi lebih kuning. Nikotin akan meninggalkan kesan coklat pada gigi. Buruknya lagi kesan tersebut kekal dan sukar untuk dihilangkan.

3. Makan menjelang waktu tidur.

Usahakan jangan makan menjelang waktu tidur. Tidak hanya berpengaruh pada berat badan tetapi juga membuat warna gigi menjadi lebih gelap. Hal itu karena penghasilan air liur menurun, dan sisa makanan yang tertinggal tidak dapat dibersihkan secara maksimum.

4. Teh.

Meskipun memiliki manfaat yang sangat baik bagi kesihatan tetapi teh boleh meniggalkan kesan pada gigi. Terutama bagi Anda suka minum teh setiap hari. Untuk menghindarinya, setelah selesai minum teh usahakan untuk berkumur-kumur.

Friday, 27 August 2010

Rahsia wudhu’ dari sudut kesihatan


rahsia amalan wudhu'

Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’.

Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)

Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!

Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.

titik akupuntur di telinga @ isu hangat
Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’.

Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’…

Posted @ isuhangat . Semoga rahsia Wudhu’ ini memberi manfaat kepada anda.Wallahualam.

Tuesday, 17 August 2010

syukur

Cuaca panas ragut 132 nyawa, lebih 30,000 dikejarkan ke hospital Jepun

2010/08/17

TOKYO: Cuaca musim panas yang keterlaluan di Jepun mengakibatkan sekurang-kurangnya 132 kehilangan nyawa dan lebih 30,000 mangsa dikejarkan ke hospital diserang strok haba.

Kerajaan Jepun berkata, kadar raksa terus mencatatkan angka tertinggi pada 37 darjah Celsius sejak beberapa hari lalu membabitkan kawasan seperti di tengah-tengah Tokyo dan lokasi lain di jepun.

Malah, katanya, ketika ini matahari kelihatan panas terik di sebalik catatan terbaru yang dikeluarkan.
Agensi Kebakaran dan Pengurusan Bencana, berkata 31,570 mangsa dari seluruh negara sudah dihantar ke hospital antara 31 Mei hingga 15 Ogos lalu, yang mana jumlah tertinggi pernah dicatatkan sejak rekod kepanasan mula disimpan pada 2008. - AFP

laporan daripada berita harian....

laporan ini memang menarik perhatian aku.Lebih-lebih lagi bulan Ramadan yang mulia dan cuaca tak menentu sekarang.memang cuaca agak panas kebelakangan ini. Namun demikian aku bersyukur tidak menghadapi masalah kesihatan yang kronik sepanjang keberadaan aku di sini. memang di mesir ni sentiasa panas. Mungkin ada dalam kalangan penduduk di sana yang tidak mempunyai imuniti yang tinggi terhadap suhu yang melampau ini. Hari tu ada jugak la aku demam sebab tak biasa lagi dengan cuaca kat sini. Panas dan kering lagi menguji kesabaran... apa-apa pun sentiasalah menjaga kesihatan lebih2 lagi musim panas ni... Banyak-banyakkan lah minum air lepas berbuka.... jangan bantai minum air tengah-tengah hari buta. Nanti batal puasa.... sentiasalah berdoa agar kita dilindungi daripada segala musibah.....

Wednesday, 11 August 2010

Kenapa Mulut Orang Berpuasa Berbau


aku juga yang tertanya-tanya kenapa ada dalam kalangan orang yang berpuasa ada mengalami mulut berbau. Tanpa kita sedari dalam seharian kita berpuasa juga membuatkan mulut kita berbau.... kadang-kadang ada yang kurang enak dengan bau tersebut. Namun begitu, Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya,

Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.’”
(HR. Muslim no. 1151).

Dalam kajian sains ada menyebut tentang bau mulut yang terjadi akibat daripada kurangnya perembesan air liur.Apabila kita berpuasa juga mengurangkan perembesan air liur. contohnya sama semasa kita sedang tidur.kurangnya perembesan air liur yang berlaku semasa kita sedang diulit mimpi indah. sebab itulah kita akan terbau bau yang kurang enak apabila bangun daripada tidur.Air liur sebenarnya bahan pembilas semulajadi.Ia membilas mulut sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi.

Selain itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat , susah untuk membilas mulut , menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut. Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa.

oleh yang demikian janganlah lupa memberus gigi anda semasa bulan ramadan ini.Jagalah kesihatan gigi dan mulut anda...

Tuesday, 20 July 2010

Herba vs Emas



semasa program HPA hari tu aku tertarik dengan kata pengasasnya yang berbunyi,

sekiranya mereka tahu
khasiat herba kita,
nescaya mereka sanggup
menukarkannnya walaupun
dengan ketulan-ketulan
emas.

Tn Hj Ismail b Hj Ahmad

kata2nya mempunyai makna yang mendalam bagi saya. Begitu berharganya herba kita sehingga beliau boleh membandingkannya dengan emas. Seperti apa yang kita tahu herba banyak memainkan peranan dalam kesihatan. sehingga kita tidak sedar sebenarnya orang2 tua sebelum kita telah lama mengamalkan pemakanan herba sejak zaman berzaman lagi. contohnya mereka mengamalkan pemakanan ulam seperti pegaga, ulam raja dan banyak lagi. Memang banya kajian telah di jalankan tentang herba dan manfaatnya kepada tubuh badan. contohnya pegaga dikatakan mampu merawat sakit kulit. Bertapa hebatnya herba kita yang mempunyai 1001 khasiat yang tidak kita ketahui sebelum ini. semua orang inginkan kesihatan yang baik. Kesihatan merupakan sesuatu yang amat penting bagi diri kita. Ramai yang menyedari tentang itu. Memang padanlah kata yang diungkapkan oleh pengasas HPA tentang herba ini. Kalau penjajah inggeris pada masa dahulu mengetahui tentang khasiat herba kita sudah tentu mereka sudah mengeksploitasi sumber herba kita dahulu. Kemungkinan besar habis herba kita dibawa pulang ke negara mereka. Kalaul kita dapat lihat sekarang ini ramai saintis luar negara juga yang sedang mengkaji herba2 kita. Dan herba kita sudah dikormesialkan menjadi penawar kepada penyakit.



ulam pegaga

Monday, 5 July 2010

Penyakit Gusi dan Kaitan Dengan Penyakit Lain





















Gigi sihat, gusi sihat senyuman menawan. Semua orang inginkan gigi yang cantik supaya dpat memikat hati semua orang dengan senyuman menawan. namun begitu kita seharusnya menjaga kesihatan dan kecantikan gigi kita. mengikut daripada pembacaan saya ada penyakit yang berkaitan dengan penyakit gusi.
Antaranya ialah:-

1.Diabetes
walaupun lebih banyak kajian yang diperlukan, seperti apa yang kita tahu penakit gusi boleh manigkatkan gula dalam darah pesakit diabetes.

2.penyakit pernafasan
jangkitan mulut seperti penyakit gusi ada kaitannya dengan risiko jangkitan pernafasan yang meningkat.

3.penyakit jantung
ada teori yang mengaitkan penyakit gusi dengan masalah jantung. Salah satunya mengatakan bahawa bakteria oral boleh mempengaruhi jantung apabila memasuki saluran darah,melekat pada plak berlemak dalam pembuluh jantung lalu menakibatkan darah beku.Indivdu yang mengalami masalah gusi 2 kali lebih cenderung menderita penyakit arteri koronari yang boleh menyebabkan serangan jantung.

4.kelahiran bayi pramatang
wanita hamil dengan masalah gusi 7 kali lebih berkemungkinan melahirkan bayi sebelum tiba masanya. bayi juga terlalu kecil.