Thursday, 28 July 2011

kita boleh cuba lagi...

agak kecewa...tetapi tak apa...kalah hari ini tak bermakna kita akan kalah selama-lamanya..kita dah mencuba. teruskan usaha..dan kami terus menyokong....go harimau malaya...

tu je la aku dapat tulis dekat wall fb. Nak buat macam mana kita tak ada rezeki.. lepas ni tak payah nak kutuk-kutuk player kita.. mereka dah buat yang terbaik.. cuba kita bayangkan apa perasaan mereka selepas kalah tadi..kita senang-senang nak kutuk.. mereka dah berusaha sebaik mungkin..bukan kita sahaja yang kecewa..mereka yang berhempas pulas dalam 90 minit tadi tu macam mana.? Mereka lagi hebat kecewanya..lepas ni kita terus sokong mereka..nak buat macam mana mereka tetap menyarung jersi Malaysia, membawa nama kita semua. kalau mereka kalah, kita sama juga seperti mereka juga kalah. Jangan lepas ni tak nak bagi sokongan lagi pada mereka. Teruskan menyokong....dan Mereka juga pasti akan bermati-matian untuk terus berusaha.

Buat pemain harap dapat membaiki kesilapan semasa permainan. Kesilapan masih boleh perbetulkan. Masih ada ruang bagi bola sepak negara menyinar kembali.. penyokong tegar anda akan tetap menyokong....kuatkan semangat, insyaAllah kita akan melangkah juga ke piala dunia pada suatu hari nanti...

ikhlas dari penyokong tegar HARIMAU MALAYA.

Sunday, 17 July 2011

Matruh & Siwa: Mesir Bukan Hanya Padang Pasir Semata-mata

Assalamualaikum, lama tak update blog ni. Dah bersarang aku rasa blog ni. Entri kali ini aku nak kongsikan tentang pengalaman aku berada di Matruh dan Siwa. Gambar pun ada sekali untuk tatapan anda semua. Kalau berpeluang datang ke mesir, bolehlah datang membawa keluarga melancong di sini. Kawasan ini juga boleh dijadikan destinasi bulan madu anda.

Matruh terletak di bahagian utara barat Mesir bersempadan dengan Libya. Banyak kawasan yang menarik boleh dilawati di Matruh dan Siwa. Berikut tempat-tempat yang sempat dilawati.


Pantai Matruh

Cleopatra Bath


Dalam Cleopatra Bath
Pantai Cleopatra


Agiba Beach


batuan yg terbentuk di pantai Agiba



mountain of the dead

Cleopatra Spring


Mountain of Dakrur


Temple of Amon


Shahli Fortress

Thursday, 9 June 2011

Al-Marbawi Ulamak Melayu Tersohor Dari Al-Azhar


Allahyarham Syeikh Mohd Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi adalah seorang ulamak besar yang tidak asing lagi bukan saja di Nusantara malahan di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang Bahasa Arab, Ilmu Hadis, Tafsir dan Fiqah. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1893 dan secara tepatnya pada tahun 28 Zulkaedah 1313 Hijrah di Makkah. Setelah lama berada di Makkah, keluarganya mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia iaitu pada tahun 1913 bersamaan tahun 1333 Hijrah. Sekembalinya ke Tanah Melayu, Allahyarham Syeikh Mohd Idris al-Marbawi mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di beberapa buah sekolah pondok di Kuala Kangsar, Kedah, Bukit Mertajam dan Kelantan.

Sejak dari kecil lagi, al-Marbawi telah menunjukkan kemampuan akademiknya yang memberangsangkan. Ketika berusia sepuluh tahun, beliau telah menamatkan pengajian hafalan al-Quran. Ketika berusia 10 tahun juga, beliau telah mampu menghafaz sebanyak 10 juzuk Al Quran di samping beberapa buah kitab lain.

Kecenderungan ilmiah yang tertambat kukuh dalam jiwanya telah mendorong beliau menuntut ilmu di pondok-pondok yang merupakan institusi pendidikan Islam yang terpenting di alam Melayu pada ketika itu. Antaranya Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussain Al-Masudi, di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan.

Melihat kepada kemampuan akademik dan minatnya kepada ilmu Islam, ayahanda beliau mengesyorkannya agar menyambung pengajian ke timur tengah sama ada ke Mesir ataupun kembali semula ke Mekah. Lalu, pada tahun 1924, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau sempat bertugas sebagai guru agama di Perak sebelum menyambung pengajiannya ke Universiti al-Azhar.

Al-Marbawi di Mesir

Di Mesir, beliau menggondol kejayaan yang membanggakan dengan memperoleh ijazah 'Aliyah (tertinggi) dari universiti al-Azhar. Sebenarnya al-Marbawi merupakan anak kelahiran Perak yang pertama meneroka pengajian Islam di Mesir. Sebagai angkatan pertama yang baru mengenal suasana di sana, al-Marbawi mendapati masalah komunikasi dengan bahasa Arab menjadi masalah utama dalam kalangan anak Melayu. Bermula dari sinilah timbul idea untuk menyusun sebuah kamus Arab-Melayu dan usaha tersebut telah dimulakan secara kolektif bersama lima orang lagi rakannya. Tetapi usaha tersebut terpaksa disiapkan bersendirian lantaran penarikan diri rakan-rakannya. Walaupun bersendirian, beliau tetap nekad untuk menyiapkan kamus tersebut.

Akhirnya, kamus Arab-Melayu tersebut yang terkenal sebagai 'Kamus al-Marbawi' itu, berjaya disiapkan pada tahun 1927. Kamus itu diulang cetak berpuluh-puluh kali kerana sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan pelajar Asia Tenggara. Kamus al-Marbawi menjadi terkenal sehingga ke hari ini. Kejayaan menyusun kamus ini telah menjadi langkah pertama kepada al-Marbawi untuk mengorak langkah seterusnya dalam penghasilan karya Islam yang lain.

Sumbangan Karya al-Marbawi

Karya-karya al-Marbawi yang dihasilkan adalah melebihi 20 buah buah dalam pelbagai disiplin ilmu Islam. Ini sekaligus membuktikan al-Marbawi dalam pengajian ilmu-ilmu Islam.Walau bagaimanapun, kemasyhurannya lebih ditonjolkan dalam dunia persuratan Arab-Melayu berbanding disiplin ilmu yang lain. Apatah lagi, beliau pernah dianugerah Ijazah Kehormatan Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1980. Anugerah yang diterima ini sebagai mengenang jasa yang diberikan oleh beliau dalam bidang persuratan Arab-Melayu.

Selain kamus Arab-Melayu, al-Marbawi juga telah menghasilkan karya yang penting dalam bidang hadith. Antara tulisan beliau dalam bidang ini ialah Bahr al-Madhi yang merupakan ringkasan dan ulasan kepada sunan al-Tirmidhi. al-Marbawi juga turut menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kitab Bulugh al-Maram iaitu sebuah karya hadith yang disusun berdasarkan bidang Fiqh oleh seorang tokoh Hadith tersohor iaitu Ibn Hajar al-Asqalany. Dua karya dalam bidang hadith berbahasa Melayu ini ialah antara karya yang penting, sulung, dan terbesar pernah dihasilkan oleh seorang ulama' Nusantara.
Dalam bidang Tafsir al-Quran pula, beliau telah menulis tafsir Surah Yasin, Tafsir al-Quran al-Marbawi, Tafsir al-Quran Nur al-Yakin, Terjemahan Tafsir Fath al-Qadir, Tafsir Juz Amma, Tafsir Al-Fatihah, dan sebuah karya berjudul Quran Bergantung Makna.

Selain bidang tersebut, al-Marbawi juga telah menghasilkan tulisannya dalam bidang Fiqh, Aqidah, dan Falsafah. Antara tulisan beliau ialah kitab Asas Islam, Kitab Nizam al-Hayah, Kitab Pati Hukum-hukum Ibadah, Kitab Usul Islam Pada Membicarakan Mengambil Air Sembahyang, sebuah ensiklopedia yang dinamakan sebagai Kamus Segala Ilmu, karya berjudul Punca Agama, Perbendaharaan Ilmu, dan banyak lagi. Sheikh Muhammad Idris al Marbawi telah banyak menghasilkan ulama' ternama tanahair yang mana antara muridnya yang terkenal kini adalah Prof. Dato' Dr.Haron Din

Kamus al-Marbawi dan Bahrul Mazi

Kitab yang paling tersohor yang telah dihasilkan oleh al-Marbawi ialah Kamus Arab-Melayu dan kitab Bahrul Mazi. Kedua-dua kitab ini digunakan sehingga ke hari ini. Antara keistimewaan kedua-dua hasil karya beliau ini adalah seperti berikut:-

1. Kamus al-Marbawi

Kamus ini merupakan kamus dwibahasa Bahasa Arab –Bahasa Melayu. Ia disusun dalam 2 jilid, iaitu jilid yang pertama bermula daripada huruf alif sehingga za'. Manakala jilid yang kedua bermula daripada huruf 'ain sehingga ya'. Kamus ini mengandungi 18, 000 kata entri Arab dan 700 gambar. Ianya dicetak oleh Matba'ah Mustafa al-Babiy al-Halbi Wa Awladihi di Mesir. Kamus ini menjadi rujukan pelajar di Malaysia bagi setiap peringkat sama ada peringkat rendah, menengah mahu pun universiti.

2. Kitab Bahrul Mazi

Kitab Bahr al-Mazi merupakan salah satu sumbangan terpenting beliau dalam pengajian Hadith di Malaysia. Bahr al-Mazi ialah kitab hadith bertulisan jawi terbesar dan antara yang terawal pernah wujud di alam Melayu. Karya ini amat padat dan mendalam, bahkan dikatakan telah menampung kekosongan karya asli dalam bidang ilmu hadith di rantau ini. Karya ini memuatkan ulasan dan huraian hadith dalam bentuk fikah, aqidah, tasawuf, dan muamalat.

Kelainan dan keistimewaan kitab ini amat jelas, apatah lagi ulasan al-Marbawi mengikut acuan dan suasana masyarakat Malaysia. Karya ini memberikan nafas baru kepada pemahaman hadith-fiqh secara mendalam di samping mendidik masyarakat Malaysia tentang hubungan yang earat antara kedua-duanya.

Anugerah Yang Diterima Oleh al-Marbawi

Atas sumbangan dan jasanya yang besar dalam bidang keagamaan dan persuratan, maka pada tanggal 5 Julai 1980, atas usaha Prof. Dato' Dr Haron Din, pihak senat universiti telah bersetuju agar Allahyarham dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada enam tahun berikutnya iaitu pada pada 1 Muharram 1408H beliau dinobatkan pula sebagai tokoh Maal Hijrah Malaysia yang pertama iaitu pada tahun 1408 Hijrah.

Tanggal 13 Oktober 1989 bersamaan 13 Rabiul Awal 1409 Hijrah telah meninggalkan kesedihan kepada rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu dan sumbangan al-Marbawi apabila beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Besar Ipoh pada jam 8.40 pagi. Pemergiannya pada usia 96 tahun itu telah disemadikan di pusara Kampung Lubuk Merbau, Perak.

Sumber

Friday, 29 April 2011

apo nak jadi??

Gempar seluruh Malaysia dengan video lucah yang mengaitkan lelaki yang mirip Dato seri anwar. Aku sebagai rakyat dah rasa meluat dengan scenario politik Negara kita ketika ini. Habis dihidangkan kita yang pelbagai umur dengan cerita sensasi seperti ini(bagi aku tak sensasi langsung...).

Bagi aku cerita ni tak payah nak kasi tahu kat semua orang sampai orang kat seluruh Malaysia dan dunia tahu..media kita pulak suka nak kasi cerita ni jadi sensasi( tak sensasi la bagi aku).

Orang yang dah jumpo video tu pulak tak buleh ko tengok sonyap2. Nak bagi jugak orang tengok..sampai budak bawah umo pun ko nak kasi tengok...kalo ko raso tu hal peribadi ko settle je la dengan dyo one by one tak payah nak kecoh2 seluruh dunio pulak hal tu...kadang2 ekau buek orang makin marah lak eih..

Yang kito lak yang kaki tenet ni lak jangan la nak sebar2 lak video tu..ko nak kono tangkap ko? Haiyo boto korang ni...buat tak tau suda..jangan lak nak jadi penyebar fitnah lak yo...berdoso ko tau tak...

Ha da kuar lak loghat aku...

Bengang pun ada dengan hal ni. Hal dyrang kito lak nak kono ambik tau...

Macam tu la bila dah jadi orang terkenal mesti orang dengki dengan kedudukan kita. Walau apa pun kita di depan Allah swt kita ni terlalu hina. Pangkat dan kedudukan ni hanya sementara..

Tak tahu la ape yang akan terjadi dengan dunia kita..penuh fitnah dari zaman nabi Muhammad saw hidup lagi.. entahlah mungkin fitnah yang paling besar dalam dunia akan terjadi tak lama lagi...wallahualam.

Monday, 24 January 2011

senjata melayu yang digelapkan dalam sejarah

Di dalam buku sejarah kita hanya digambarkan dengan gambar pejuang yang mempertahankan kota melaka hanya bersenjatakan keris, tombak dan sebagainya. .pekembangan dan penggunaan senjata api sudah pasti menarik perhatian dunia pada zaman tersebut.ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?berikut adalah senjata yang digelapkan dalam sejarah.sumber daripada


1.pemuras



2.istinggar


3.lela rentaka

4.lela
bosan juga kalau asyik cerita perang zaman melaka selalu guna keris dengan pedang je....

Friday, 21 January 2011

Waktu2/tempat dan orang mustajab dalam berdoa

1. Sepertiga akhir malam.
2. Doa orang yang berpuasa & saat berbuka puasa bagi orang yang berpuasa.
3. Doa sebelum salam ketika shalat & setiap selepas shalat fardhu.
4. Pada saat perang berkecamuk.
5. Sesaat pada hari jum’at.
6. Pada waktu bangun tidur pada malam hari bagi orang yang sebelum tidur dalam keadaan suci dan berdzikir kepada Allah.
7. Doa diantara Adzan dan Iqamah.
8. Doa pada waktu sujud dalam shalat.
9. Pada saat sedang turun hujan.
10. Pada saat ajal tiba.
11. Pada malam Lailatul Qadar.
12. Doa pada hari Arafah.
13. Pada waktu sahur.
14. Setelah melontar Jumrah.
15. Sepuluh hari pertama di bulan Dzulhijjah.
16. Doa diantara Hajar Aswad dan pintu Ka’bah.
18. Doa seorang muslim terhadap saudaranya dari tempat yang jauh.
19. Orang yang memperbanyak berdoa pada saat lapang dan bahagia.
20. Doa orang yang terzhalimi atau teraniaya.
21. Doa Orang tua terhadap anaknya.
22. Doanya seorang musafir.
23. Doa orang yang dalam keadaan terpaksa, dll.

sumber: http://abangdani.wordpress.com/2010/08/10/doa-doa-di-bulan-ramadhan-semoga-alloh-mengabulkan-doa-anda/