Showing posts with label tempat. Show all posts
Showing posts with label tempat. Show all posts

Sunday, 17 July 2011

Matruh & Siwa: Mesir Bukan Hanya Padang Pasir Semata-mata

Assalamualaikum, lama tak update blog ni. Dah bersarang aku rasa blog ni. Entri kali ini aku nak kongsikan tentang pengalaman aku berada di Matruh dan Siwa. Gambar pun ada sekali untuk tatapan anda semua. Kalau berpeluang datang ke mesir, bolehlah datang membawa keluarga melancong di sini. Kawasan ini juga boleh dijadikan destinasi bulan madu anda.

Matruh terletak di bahagian utara barat Mesir bersempadan dengan Libya. Banyak kawasan yang menarik boleh dilawati di Matruh dan Siwa. Berikut tempat-tempat yang sempat dilawati.


Pantai Matruh

Cleopatra Bath


Dalam Cleopatra Bath
Pantai Cleopatra


Agiba Beach


batuan yg terbentuk di pantai Agiba



mountain of the dead

Cleopatra Spring


Mountain of Dakrur


Temple of Amon


Shahli Fortress

Monday, 6 September 2010

Masjid yang Meriah

Ramai orang yang mengerumuni seorang pemuda beberapa meter sebelum sampai di hadapan masjid. Mereka berebut-rebut mendapatkan air mineral yang diagih-agihkan sebagai sedekah. Aku lihat bagaikan tiada ruang untuk aku dan sahabat-sahabatku untuk berjalan. Terasa diri ini terperangkap dengan lautan manusia. Beginilah keadaan Masjid Amru di Mesir pada 10 hari terakhir Ramadan. Cukup sesak. Ramai yang bepusu-pusu memasuki ruang masjid yang sememangnya agak penuh.

kepenuhan di dalam masjid memang mengagumkan. Memang tidak dapat kita saksikan di mana-mana masjid di Malaysia. Ruang dalam masjid sememangnya meriah dengan suasana orang beriktikaf. Aku bersama-sama sahabatku berpusing-pusing ke sana kemari mencari tempat untuk duduk. Aku lihat di bahagian tengah masjid berebut-rebut orang Arab mengambil air untuk minum. Pada mulanya aku fikir di situ tempat ambil wuduk. Tetapi tulisan Arab jelas tertulis di bahagian tiang 'mamnuk wuduk' iaitu dilarang mengambil wuduk. Tempat nak ambil air tu berpaip, berbentuk bulat dan berkubah di atasnya menyebabkan aku berfikir sedemikian.
tempat ambil air yang aku maksudkan yang berkubah tu

Setelah beberapa minit berjalan-jalan barulah terjumpa tempat kosong untuk duduk dan beriktikaf. Dan salah seorang daripada kami pergi berjalan-jalan mengambil gambar sekitar ruang masjid. Aku melihat dia pergi disuatu ruang untuk mengambil gambar. Pada masa yang sama aku lihat ramai yang mengeliingi dan berkerumun pada pemuda yang membawa beg yang agak besar. Sahabat aku yang berdekatan turut sama melakukan perkara yang sama. Bila dia keluar dari kerumunan tersebut dia kembali ke tempat kami duduk dengan membawa dua bungkus nasi lauk ikan. Aku dan sahabat yang lain pun apa lagi terus pergi tempat tu dan berebut-rebut nak ambil juadah tersebut. Akhirnya dapat juga aku sebungkus nasi. Ada juga yang tak dapat nak ambil nasi tu sebab dah habis. Makanan itu diberi oleh pemuda tersebut sebagai sedekah. Belum cukup dengan itu, ada lagi rezeki yang kami dapat. Ada pak cik tua yang memberi buah tamar kepada kami. Bukan dia seorang saja yang bagi kami buah tamar, lebih dua tiga orang yang bagi. Aku kira kalau dikumpulkan memang cukup satu kotak buah kurma yang selalu dijual di pasaran. Ada yang bagi air, dan macam-macam air diberi. Memang murah rezeki kami hari itu. Kami datang pada mulanya tidak berbekalkan satupun juadah. Dan hasilnya banyak rezeki yang kami terima hari itu. Sebelum menunggu waktu berbuka, kami membaca Al-quran.
memang penuh

Selepas solat maghrib wuduk aku terbatal. Aku pergi ke tempat ambil wuduk. Memang tidak dapat dinafikan ramai yang berebut -rebut ambil wuduk. Aku berhimpit-himpit dalam tempat ambil wuduk tu. Hampir jatuh aku lihat budak arab yang berebut-rebut. Memang tak ada istilah beratur lagi pada waktu itu. Kalau beratur
entah berapa panjang barisan dapat dibuat.
pemandangan pada waktu malam

Solat terawih memang meriah dekat situ. Kehadiran Sheikh Jibril memeriahkan solat terawih di Masjid Amru. Doa qunut semasa solat witir sebenarnya ditunggu ramai. Semasa doa tersebut aku dapat dengar suara tangisan orang arab yang sembahyang berhampiran dengan aku. Aku hanya mendengar dan mengaminkan doa tersebut. Memang aku tak faham doa tersebut. Tetapi cuba memaksa untuk memahamkannya. Satu jam doa qunut dibacakan. Memang lenguh kaki aku menahan. Ada budak kecil arab terduduk-duduk sebab tak tahan.

Selesai semuanya, aku pun keluar masjid tersebut. Nak keluar pun bersesak-sesak dengan lautan manusia. Bila keluar pun penuh. Dan aku lihat sepanjang jalan menuju ke masjid itu ditutup sebab sesak sangat. Menurut pemandu tramco yang membawa kami ke situ dekat 500 m(mengikut anggaran aku bila pemandu tu cakap sampai kat hujung jalan tu) jalan raya masjid digunakan untuk sembahyang. Ramai juga yang beriktikaf pada waktu malam di masjid itu.

Memang jauh berbeza dengan keadaan masjid di malaysia bila dalam 10 malam terakhir ramadan. Kalau kita tengok dekat Malaysia sekarang yang penuh bukan masjid shopping complex yag penuh...


Thursday, 15 July 2010

Bandar Tenggara


tempat ni sebelum ni tak pernah pun aku dengar dulu. First time aku dengar sebelum aku pindah ke Bandar Tenggara.Nama tempat ni ada perkataan bandar tetapi kawasan ini bukanlah bandar. kawasan ini terletak di pedalaman yang dikelilingi ladang kelapa sawit.Aku pernah menetap disitu sebelum berpindah ke kampung halaman.
masjid time sembahyang jumaat

Bandar Tenggara adalah sebuah penempatan yang dibangunkan dalam wilayah pembangunan KEJORA, Johor. Terletak di tengah-tengah antara Bandar Kulai, Bandar Kota Tinggi dan Bandar Kluang. Mula diwujudkan sekitar tahun 1972. Dari asal sebuah penempatan untuk pekerja-pekerja ladang sawit yang hanya menempatkan 100 buah rumah, Bandar Tenggara kini telah berubah dengan pesatnya setelah 35 tahun berlalu di bawah kelolaan Lembaga Johor Tenggara (KEJORA) Bandar Tenggara.

Bandar Tenggara kini menampung penduduk seramai hampir 15,278 orang dengan jumlah rumah 3,021 buah rumah dan hampir 200 buah premis perniagaan. Kawasan penempatan penduduk telah dibahagikan kepada 17 zon kecil di bawah Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Masyarakat Bandar Tenggara (JKKMBT). Jumlah penduduk juga semakin bertambah hasil daripada penambahan kawasan perumahan baru di sekitar Bandar Tenggara dan ini menjadikan komuniti Bandar Tenggara semakin berkembang pesat seiring dengan perkembangan pada masa kini.
balai polis yang baru siap beberapa tahun lepas

Pelbagai kemudahan lengkap telah disediakan seperti Masjid Al-Husna Bandar Tenggara, surau, dewan serbaguna, balai raya, taman permainan, perpustakaan awam dan sebagainya. Manakala pada masa kini pembinaan Balai Polis sedang dalam proses pembangunan bagi mempertingkatkan lagi tahap keselamatan penduduk Bandar Tenggara dan di kawasan sekitarnya.

Dalam bahagian perindustrian, dengan kedudukan strategik yang menghubungkan antara daerah Kluang, Kulai dan Kota Tinggi, perindustrian kian pesat membangun dan memberi impak positif kepada penduduk dari segi ekonomi. Penduduk tidak perlu mencari peluang pekerjaan di kawasan lain, ini kerana Bandar Tenggara telah banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk terutamanya dalam sektor perkilangan serta industri kecil dan sederhana yang memberi peluang kepada usahawan bumiputra memasarkan produk dengan lebih meluas lagi. Dengan itu, Bandar Tenggara dapat dilihat mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk terus membangun dan berkembang pada masa akan datang.



sekolah rendah aku.........Sk Bandar Tenggara2.

Tuesday, 13 July 2010

FELDA L.B. Johnson

FELDA L.B. Johnson atau PAUN Kampung Johnson merupakan sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. FELDA L.B. Johnson dinamakan bersempena bekas Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson, yang melawati kampung itu pada 1966. Bukan aku nak bangga yang dia datang situ. Yang aku nak aku banggakan ialah aku dilahirkan di situ. kawasan yang dulunya banyak rumah-rumah kayu sekarang ni dah digantikan dengan rumah batu. Disitulah lahirnya insan yang bernama Raja Shah Imran Bin Raja Ahmad Shafiei. Aku dilahirkan di rumah kayu milik atuk aku dan sekarang ni dah jadi rumah batu pun. Semasa ibu aku melahirkanku pada masa tu bidan kampung tu yang sambut aku.. hehe style kampung..... Tu la zaman beralih zaman kampung aku tidak terlepas dalam proses pembandaran. Dan kampung aku ni terletak berhampiran dengan kawasan perindustrian Nilai. Banyak juga perubahan yang berlaku. Sebelum ni jarang aku balik kampung. Pada tahun lepas aku lihat banyak projek2 sedang dijalankan disitu. Kilang2 pun banyak mengikut apa yang atuk aku cakap la. kampung tu banyak mengukir memori lampauku....che macam dah tua la pulak. kat situ la aku dengan sepupu aku berlari-lari, main mercun dan macam-macam lagi.Aku juga pernah bersekolah tadika kat situ. hampir setahun tinggal disitu. Dan kat situlah tempat aku bersunat. Banyak memori indah dekat situ. Dan paling indah kat situ paling banyak aku dapat duit raya...haha memang best duduk kampung....

sekadar gambar hiasan