Thursday, 10 May 2012

Pekse, Exam , Imtihan..


Assalamualaikum…

Lama betul tinggalkan blog ni…dan dekat setahun dah tak menulis. Tahu-tahu saja dah masuk musim peperiksaan bagi pelajar-pelajar di Mesir. Memang adat pelajar dah nak exam baru mengelabah nak buka buku, kelam kabut kata “yang ni tak study lagi” “yang tu tak study lagi.”. Memang kita akan lihat banyak situasi sebegitu dekat unversiti. Tapi aku lagi pelik waktu musim macam inilah yang aku ada idea nak tulis apa..
Musim exam ini kita boleh lihat macam-macam jenis pelajar dan cara mereka mengulang kaji pelajaran. Berikut adalah jenis orangnya:
1
    1)      Study dari awal sem sampai exam final.
-orang yang macam ni memang boleh dikatakan well prepared. Kalau pensyarah tiba-tiba saja nak buat kuiz dia mesti boleh jawab.
- orang jenis ni selalunya memang akan dapat keputusan yang agak baik.  

2)      Study last-last minute  
-orang yang dikatakan cepat pick up saja yang boleh buat style study macam ni.
-orang macam ni selalunya sanggup bersengkang mata untuk menghabiskan segala bab yang dia nak kena baca.
        
    3)      Tak pernah nampak dia study.
-orang  macam ni ada yang study time orang tidur atau dia study kat tempat orang yang kita tak nampak.
-ada juga memang yang tak study langsung.
-yang tak study langsung tu kadang-kadang  budak yang genius, tak payah study pun dapat keputusan yang cemerlang.
-orang macam ni kita selalu nampak dia ni senang lenang saja bila orang tengah pulun habis…

Study ni adalah satu usaha kita untuk berjaya dalam peperiksaan. Kejayaan kita bukanlah ditentukan dengan gred atau pun dengan teknik kita belajar sahaja. Tetapi, Allah jualah yang memberi kejayaan kepada kita. Disamping kita berusaha jangan lupa berdoa kepada Allah agar dimudahkan untuk menjawab soalan peperiksaan dan diberi keputusan yang baik. InsyaAllah.

Bittaufiq Wannajah…

Thursday, 4 August 2011

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR


wahai dikau...renungkanlah engkau akan nasib diri

wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati

wahai akal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali

buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi

tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi

apabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi

kematian...adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu siangnya engkau sibuk berdzikir dan beramal

menjaga puasamu agar bernilai

tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu

mendayu..merayu... berdo'a kepada Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu

solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'

tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri

menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji

"inna shalaatii wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lilslahi rabbil'aalamiin"

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...

kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelianalam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu

setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja

di setiap kesempatan juga masa yang terluang

alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kausyairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan

bertarawih...bertilawah...bertahajjud...

mengadu...merintih...meminta belas kasih

"sesungguhnya aku tidak layak untuk kesyurga-MU

tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

oleh karena itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MUini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang

mari kita meriahkan Ramadhan

kita buru...kita cari...suatu malam idaman

yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zhahir

mempersiap diri...rohani dan jasmani

menanti-nanti jemputan Malaikat Maut

di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman

duhai Ilahi....

andai ini Ramadhan terakhir buat kami

jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...palingberseri...

menerangi kegelapan hati-hati kami

menyeru ke jalan menuju ridha serta kasih sayang-Mu Ya Ilahi

semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sanananti

namun teman...

tak akan ada manusia yang bakal mengetahui

apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya

yang mampu bagi seorang hamba itu...

hanyalah berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir,

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN....

( sumber: Lutfi S Fauzan's note Rakan fb)

Friday, 29 July 2011

Sediakah Aku?

Ramadan semakin menghampiri kita. Bulan penuh keberkatan dan bulan di mana kita diberi peluang meningkatkan amalan kita semua. Ramadan juga satu kelebihan kepada kita selaku umat Muhammad yang rata-ratanya hidup tidaklah lama seperti umat terdahulu. Bulan ini menjadi nilai tambah kepada kita dimana terdapat malam yng istimewa iaitu malam Lailatul qadar.

kita lihat bagaimana sambutan hari raya di Malaysia. "belum raya dah cerita raya". mesti ada pembaca yang akan berkata begitu kepada diriku ini..haha.. bukan hari raya yang aku nak ceritakan sebenarnya. Aku nak cerita dekat sini tentang persiapan kita bagi menghadapi ramadan yang akan datang. Kalau selalu kita selalu dengar persiapan raya, tetapi macam mana dengan persiapan ramadan. kalau hari raya sebelum raya kita dah cari buluh untuk sediakan lemang. Tetapi apa yang kita sediakan untuk ramadan kita..?Adakah diri kita dah bersedia menghadapi ramadan yang akan datang.?

Mari kita tanya diri kita..

Adakah aku sudah bersedia untuk ramadan kali ini?
Adakah aku sudah bersedia untuk menahan lapar dan dahaga nanti?
Adakah aku sudah bersedia untuk menahan mata aku daripada melihat perkara-perkara maksiat?
Adakah aku sudah bersedia untuk menjauhi pendengaranku daripada perkara yang tidak elok?
Adakah aku sudah bersedia untuk menutup mulutku daripada menuturkan perkataan yang tiada faedahnya?
Bolehkah aku mengawal segala nafsuku pada bulan ramadan?
Adakah aku mampu menahan marah apabila ada yang membuatkan kita marah?
Adakah aku bersedia membuatkan ramadan tahun ini lebih baik daripada ramadan yang lepas?

harap kita dapat menjawab "ya" pada soalan di atas. Sama-sama muhasabah diri kita semula.

dikesempatan ini aku ucapkan selamat menyambut Ramadan al-mubarak..



Thursday, 28 July 2011

kita boleh cuba lagi...

agak kecewa...tetapi tak apa...kalah hari ini tak bermakna kita akan kalah selama-lamanya..kita dah mencuba. teruskan usaha..dan kami terus menyokong....go harimau malaya...

tu je la aku dapat tulis dekat wall fb. Nak buat macam mana kita tak ada rezeki.. lepas ni tak payah nak kutuk-kutuk player kita.. mereka dah buat yang terbaik.. cuba kita bayangkan apa perasaan mereka selepas kalah tadi..kita senang-senang nak kutuk.. mereka dah berusaha sebaik mungkin..bukan kita sahaja yang kecewa..mereka yang berhempas pulas dalam 90 minit tadi tu macam mana.? Mereka lagi hebat kecewanya..lepas ni kita terus sokong mereka..nak buat macam mana mereka tetap menyarung jersi Malaysia, membawa nama kita semua. kalau mereka kalah, kita sama juga seperti mereka juga kalah. Jangan lepas ni tak nak bagi sokongan lagi pada mereka. Teruskan menyokong....dan Mereka juga pasti akan bermati-matian untuk terus berusaha.

Buat pemain harap dapat membaiki kesilapan semasa permainan. Kesilapan masih boleh perbetulkan. Masih ada ruang bagi bola sepak negara menyinar kembali.. penyokong tegar anda akan tetap menyokong....kuatkan semangat, insyaAllah kita akan melangkah juga ke piala dunia pada suatu hari nanti...

ikhlas dari penyokong tegar HARIMAU MALAYA.

Sunday, 17 July 2011

Matruh & Siwa: Mesir Bukan Hanya Padang Pasir Semata-mata

Assalamualaikum, lama tak update blog ni. Dah bersarang aku rasa blog ni. Entri kali ini aku nak kongsikan tentang pengalaman aku berada di Matruh dan Siwa. Gambar pun ada sekali untuk tatapan anda semua. Kalau berpeluang datang ke mesir, bolehlah datang membawa keluarga melancong di sini. Kawasan ini juga boleh dijadikan destinasi bulan madu anda.

Matruh terletak di bahagian utara barat Mesir bersempadan dengan Libya. Banyak kawasan yang menarik boleh dilawati di Matruh dan Siwa. Berikut tempat-tempat yang sempat dilawati.


Pantai Matruh

Cleopatra Bath


Dalam Cleopatra Bath
Pantai Cleopatra


Agiba Beach


batuan yg terbentuk di pantai Agiba



mountain of the dead

Cleopatra Spring


Mountain of Dakrur


Temple of Amon


Shahli Fortress

Thursday, 9 June 2011

Al-Marbawi Ulamak Melayu Tersohor Dari Al-Azhar


Allahyarham Syeikh Mohd Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi adalah seorang ulamak besar yang tidak asing lagi bukan saja di Nusantara malahan di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang Bahasa Arab, Ilmu Hadis, Tafsir dan Fiqah. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1893 dan secara tepatnya pada tahun 28 Zulkaedah 1313 Hijrah di Makkah. Setelah lama berada di Makkah, keluarganya mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia iaitu pada tahun 1913 bersamaan tahun 1333 Hijrah. Sekembalinya ke Tanah Melayu, Allahyarham Syeikh Mohd Idris al-Marbawi mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di beberapa buah sekolah pondok di Kuala Kangsar, Kedah, Bukit Mertajam dan Kelantan.

Sejak dari kecil lagi, al-Marbawi telah menunjukkan kemampuan akademiknya yang memberangsangkan. Ketika berusia sepuluh tahun, beliau telah menamatkan pengajian hafalan al-Quran. Ketika berusia 10 tahun juga, beliau telah mampu menghafaz sebanyak 10 juzuk Al Quran di samping beberapa buah kitab lain.

Kecenderungan ilmiah yang tertambat kukuh dalam jiwanya telah mendorong beliau menuntut ilmu di pondok-pondok yang merupakan institusi pendidikan Islam yang terpenting di alam Melayu pada ketika itu. Antaranya Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussain Al-Masudi, di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan.

Melihat kepada kemampuan akademik dan minatnya kepada ilmu Islam, ayahanda beliau mengesyorkannya agar menyambung pengajian ke timur tengah sama ada ke Mesir ataupun kembali semula ke Mekah. Lalu, pada tahun 1924, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau sempat bertugas sebagai guru agama di Perak sebelum menyambung pengajiannya ke Universiti al-Azhar.

Al-Marbawi di Mesir

Di Mesir, beliau menggondol kejayaan yang membanggakan dengan memperoleh ijazah 'Aliyah (tertinggi) dari universiti al-Azhar. Sebenarnya al-Marbawi merupakan anak kelahiran Perak yang pertama meneroka pengajian Islam di Mesir. Sebagai angkatan pertama yang baru mengenal suasana di sana, al-Marbawi mendapati masalah komunikasi dengan bahasa Arab menjadi masalah utama dalam kalangan anak Melayu. Bermula dari sinilah timbul idea untuk menyusun sebuah kamus Arab-Melayu dan usaha tersebut telah dimulakan secara kolektif bersama lima orang lagi rakannya. Tetapi usaha tersebut terpaksa disiapkan bersendirian lantaran penarikan diri rakan-rakannya. Walaupun bersendirian, beliau tetap nekad untuk menyiapkan kamus tersebut.

Akhirnya, kamus Arab-Melayu tersebut yang terkenal sebagai 'Kamus al-Marbawi' itu, berjaya disiapkan pada tahun 1927. Kamus itu diulang cetak berpuluh-puluh kali kerana sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan pelajar Asia Tenggara. Kamus al-Marbawi menjadi terkenal sehingga ke hari ini. Kejayaan menyusun kamus ini telah menjadi langkah pertama kepada al-Marbawi untuk mengorak langkah seterusnya dalam penghasilan karya Islam yang lain.

Sumbangan Karya al-Marbawi

Karya-karya al-Marbawi yang dihasilkan adalah melebihi 20 buah buah dalam pelbagai disiplin ilmu Islam. Ini sekaligus membuktikan al-Marbawi dalam pengajian ilmu-ilmu Islam.Walau bagaimanapun, kemasyhurannya lebih ditonjolkan dalam dunia persuratan Arab-Melayu berbanding disiplin ilmu yang lain. Apatah lagi, beliau pernah dianugerah Ijazah Kehormatan Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1980. Anugerah yang diterima ini sebagai mengenang jasa yang diberikan oleh beliau dalam bidang persuratan Arab-Melayu.

Selain kamus Arab-Melayu, al-Marbawi juga telah menghasilkan karya yang penting dalam bidang hadith. Antara tulisan beliau dalam bidang ini ialah Bahr al-Madhi yang merupakan ringkasan dan ulasan kepada sunan al-Tirmidhi. al-Marbawi juga turut menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kitab Bulugh al-Maram iaitu sebuah karya hadith yang disusun berdasarkan bidang Fiqh oleh seorang tokoh Hadith tersohor iaitu Ibn Hajar al-Asqalany. Dua karya dalam bidang hadith berbahasa Melayu ini ialah antara karya yang penting, sulung, dan terbesar pernah dihasilkan oleh seorang ulama' Nusantara.
Dalam bidang Tafsir al-Quran pula, beliau telah menulis tafsir Surah Yasin, Tafsir al-Quran al-Marbawi, Tafsir al-Quran Nur al-Yakin, Terjemahan Tafsir Fath al-Qadir, Tafsir Juz Amma, Tafsir Al-Fatihah, dan sebuah karya berjudul Quran Bergantung Makna.

Selain bidang tersebut, al-Marbawi juga telah menghasilkan tulisannya dalam bidang Fiqh, Aqidah, dan Falsafah. Antara tulisan beliau ialah kitab Asas Islam, Kitab Nizam al-Hayah, Kitab Pati Hukum-hukum Ibadah, Kitab Usul Islam Pada Membicarakan Mengambil Air Sembahyang, sebuah ensiklopedia yang dinamakan sebagai Kamus Segala Ilmu, karya berjudul Punca Agama, Perbendaharaan Ilmu, dan banyak lagi. Sheikh Muhammad Idris al Marbawi telah banyak menghasilkan ulama' ternama tanahair yang mana antara muridnya yang terkenal kini adalah Prof. Dato' Dr.Haron Din

Kamus al-Marbawi dan Bahrul Mazi

Kitab yang paling tersohor yang telah dihasilkan oleh al-Marbawi ialah Kamus Arab-Melayu dan kitab Bahrul Mazi. Kedua-dua kitab ini digunakan sehingga ke hari ini. Antara keistimewaan kedua-dua hasil karya beliau ini adalah seperti berikut:-

1. Kamus al-Marbawi

Kamus ini merupakan kamus dwibahasa Bahasa Arab –Bahasa Melayu. Ia disusun dalam 2 jilid, iaitu jilid yang pertama bermula daripada huruf alif sehingga za'. Manakala jilid yang kedua bermula daripada huruf 'ain sehingga ya'. Kamus ini mengandungi 18, 000 kata entri Arab dan 700 gambar. Ianya dicetak oleh Matba'ah Mustafa al-Babiy al-Halbi Wa Awladihi di Mesir. Kamus ini menjadi rujukan pelajar di Malaysia bagi setiap peringkat sama ada peringkat rendah, menengah mahu pun universiti.

2. Kitab Bahrul Mazi

Kitab Bahr al-Mazi merupakan salah satu sumbangan terpenting beliau dalam pengajian Hadith di Malaysia. Bahr al-Mazi ialah kitab hadith bertulisan jawi terbesar dan antara yang terawal pernah wujud di alam Melayu. Karya ini amat padat dan mendalam, bahkan dikatakan telah menampung kekosongan karya asli dalam bidang ilmu hadith di rantau ini. Karya ini memuatkan ulasan dan huraian hadith dalam bentuk fikah, aqidah, tasawuf, dan muamalat.

Kelainan dan keistimewaan kitab ini amat jelas, apatah lagi ulasan al-Marbawi mengikut acuan dan suasana masyarakat Malaysia. Karya ini memberikan nafas baru kepada pemahaman hadith-fiqh secara mendalam di samping mendidik masyarakat Malaysia tentang hubungan yang earat antara kedua-duanya.

Anugerah Yang Diterima Oleh al-Marbawi

Atas sumbangan dan jasanya yang besar dalam bidang keagamaan dan persuratan, maka pada tanggal 5 Julai 1980, atas usaha Prof. Dato' Dr Haron Din, pihak senat universiti telah bersetuju agar Allahyarham dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada enam tahun berikutnya iaitu pada pada 1 Muharram 1408H beliau dinobatkan pula sebagai tokoh Maal Hijrah Malaysia yang pertama iaitu pada tahun 1408 Hijrah.

Tanggal 13 Oktober 1989 bersamaan 13 Rabiul Awal 1409 Hijrah telah meninggalkan kesedihan kepada rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu dan sumbangan al-Marbawi apabila beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Besar Ipoh pada jam 8.40 pagi. Pemergiannya pada usia 96 tahun itu telah disemadikan di pusara Kampung Lubuk Merbau, Perak.

Sumber