Assalamualaikum…
Lama betul tinggalkan blog ni…dan dekat setahun dah tak
menulis. Tahu-tahu saja dah masuk musim peperiksaan bagi pelajar-pelajar di
Mesir. Memang adat pelajar dah nak exam baru mengelabah nak buka buku, kelam
kabut kata “yang ni tak study lagi” “yang tu tak study lagi.”. Memang kita akan
lihat banyak situasi sebegitu dekat unversiti. Tapi aku lagi pelik waktu musim
macam inilah yang aku ada idea nak tulis apa..
Musim exam ini kita boleh lihat macam-macam jenis pelajar
dan cara mereka mengulang kaji pelajaran. Berikut adalah jenis orangnya:
1
1) Study dari awal sem sampai exam final.
-orang yang macam ni memang boleh dikatakan
well prepared. Kalau pensyarah tiba-tiba saja nak buat kuiz dia mesti boleh
jawab.
- orang jenis ni selalunya memang akan
dapat keputusan yang agak baik.
2) Study last-last minute
-orang yang dikatakan cepat pick up saja
yang boleh buat style study macam ni.
-orang macam ni selalunya sanggup
bersengkang mata untuk menghabiskan segala bab yang dia nak kena baca.
3) Tak pernah nampak dia study.
-orang
macam ni ada yang study time orang tidur atau dia study kat tempat orang
yang kita tak nampak.
-ada juga memang yang tak study langsung.
-yang tak study langsung tu kadang-kadang budak yang genius, tak payah study pun dapat
keputusan yang cemerlang.
-orang macam ni kita selalu nampak dia ni
senang lenang saja bila orang tengah pulun habis…
Study ni adalah satu usaha kita untuk berjaya dalam
peperiksaan. Kejayaan kita bukanlah ditentukan dengan gred atau pun dengan
teknik kita belajar sahaja. Tetapi, Allah jualah yang memberi kejayaan kepada
kita. Disamping kita berusaha jangan lupa berdoa kepada Allah agar dimudahkan
untuk menjawab soalan peperiksaan dan diberi keputusan yang baik. InsyaAllah.
Bittaufiq Wannajah…