Friday 30 July 2010

1Malaysia sama dengan 1Indonesia?

1 Indonesia sama dengan 1 Malaysia? Pendedahan ini dari blog milosuam agak memeranjatkan kerana logo dia pun lebih kurang sama. Siapa tiru siapa ni? Siapa yang buat dulu? Ni kalau forumer Indonesia tau mesti dia orang panggil kita maling.

Jika di Malaysia slogan 1 Malaysia ialah “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” slogan 1 Indonesia pula ialah begitu mirip sekali iaitu “Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan”.

Katanya lagi, 1 Indonesia ni pun idea dari APCO ? ceh..satu pakej rupanya.

Sumber gambar milosuam.blogspot.com

Thursday 29 July 2010

10 Kereta Paling Mahal di Dunia

10 kereta paling mahal di dunia 2009 -2010, kereta nih kita mampu tengok gambar pun dah ok kot.

10.Porsche Carrera GT $440,000 = RM1.27 Juta

kereta paling mahal di dunia 2010


9. Mercedes Benz SLR McLaren Roadster $495,000 = RM1.57 Juta
kereta paling mahal di dunia 2010

8. Koenigsegg CCX $545,568 = RM1.73 Juta
kereta paling mahal di dunia 2010

7. Saleen S7 Twin Turbo $555,000 = RM1.76 Juta
kereta paling mahal di dunia 2010

6. SSC Ultimate Aero $654,400 =RM2.08 Juta
kereta paling mahal di dunia 2010

5. Pagani Zonda C12 F $667,321 = RM 2.12 Juta
kereta paling mahal di dunia 2010

4. Ferrari Enzo $670,000 = RM2.13 Juta
kereta paling mahal di dunia 2010

3. McLaren F1 $970,000 = RM3.08 Juta
kereta paling mahal di dunia 2010

2. Lamborghini Reventon $1,600,000 = RM5.1 Juta
kereta paling mahal di dunia 2010

1. Bugatti Veyron $1,700,000 = RM5.41 Juta
kereta paling mahal di dunia 2010

Sumber: AUTO WORLD SHOW

Wednesday 28 July 2010

Rahsia Besi

Besi adalah salah satu unsur yang dinyatakan secara jelas dalam Al Qur’an. Dalam Surat Al Hadiid, yang bererti “besi”, kita diberitahu sebagai berikut:

…Dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia ….” (Al Qur’an, 57:25)

Kata “anzalnaa” yang berarti “kami turunkan” khusus digunakan untuk besi dalam ayat ini, dapat diertikan secara kiasan untuk menjelaskan bahwa besi diciptakan untuk memberi manfaat bagi manusia. Tapi ketika kita mempertimbangkan makna harfiah kata ini, iaitu “diturunkan dari langit”, kita akan menyedari bahawa ayat ini memiliki keajaiban ilmiah yang sangat penting.


Ini kerana penemuan astronomi moden telah mengungkap bahwaa logam besi yang ditemui di bumi kita berasal dari bintang-bintang besar di angkasa luar.

Logam berat di alam semesta dibuat dan dihasilkan dalam inti bintang-bintang besar. Akan tetapi sistem tatasuria kita tidak memiliki struktur yang padan untuk menghasilkan besi secara sendiri. Besi hanya dapat dibuat dan dihasilkan dalam bintang-bintang yang jauh lebih besar dari matahari, yang suhunya mencapai beberapa ratus juta tahun. Ketika jumlah besi telah melampaui batas tertentu dalam sebuah bintang, bintang tersebut tidak mampu lagi menanggungnya, dan akhirnya meledak melalui peristiwa yang disebut “nova” atau “supernova”. Akibat dari ledakan ini, meteor-meteor yang mengandung besi bertaburan di seluruh penjuru alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang hampagas hingga mengalami tarikan oleh gaya graviti.

Semua ini menunjukkan bahawa logam besi tidak terbentuk di bumi melainkan dari bintang-bintang yang meledak di ruang angkasa melalui meteor-meteor dan “diturunkan ke bumi”, seperti dinyatakan dalam ayat tersebut: Jelaslah bahwa fakta ini tidak dapat diketahui secara ilmiah ketika Al Qur’an diturunkan.

Video:



wallahualam.

Tuesday 27 July 2010

Apa Guna Membaca Al-Quran?


Tersebut kisah seorang datuk dan cucunya tinggal di tepi sungai. Mereka adalah beragamaIslam. Setiap pagi datuknya membaca al-Quran dengan suaranya yang merdu mengalunkan ayat-ayat indah Al-Quran dan menyuruhnya cucunya mengaji Al-Quran..

Didesak rasa ingin tahu,si cucu bertanya, “Mengapa Datuk selalu membaca Al-Quran? Menjadi rutin, setiap pagi?” Menurut si cucu, sukar untuk memahami kandungan ayat-ayat Al-Quran tersebut,walaupun setelah membaca terjemahannya. “Mengapa memaksakan diri membaca sesuatu yang tidak kita mengerti?”

Mendengar pertanyaan tersebut, si datuk terdiam. Dia tidak menjawab sebaliknya si datuk menyuruh cucunya mengambil air di sungai berdekatan rumah mereka menggunakan bakul bekas arang. Bakul tersebut hitam legam maklumlah bekas tempat arang.

Walaupun tidak faham dan tidak berpuas hati kerana datuknya tidak menjawab soalannya tadi, si cucu mengikut apa yang disuruh oleh datuknya iaitu mengambil air di sungai menggunakan bakul. Tetapi setiap kali air diceduk menggunakan bakul biasalah air akan keluar dari lubangbakul yang diperbuat dari rotan tersebut.

bukan bakul rotan yang sebenar....

Si cucu memberitahukan hal tersebut kepada datuknya, mustahil untuk mengambil air menggunakan bakul rotan tersebut. Tetapi datuknya menyuruhnya mencuba lagi. Dengan patuh, sang cucu kembali ke sungai dan menceduk air dengan bakul tersebut. Dapat diceduk tetapi air dengan cepat keluar balik. Cucu tersebut berfikir,si cucu memutuskan untuk berlari sambil membawa bakul berisi air tersebut. Mungkin saja setibanya di rumah masih ada air yang tersisa di bakulnya.

Namun begitu bakul tersebut tinggal kosong ketika si cucu sampai rumahnya. Airnya sudah keluar sepanjang perjalanannya. Tidak menerima kegagalan, sang datuk tetap menyuruh si cucu untuk kembali ke sungai dan mengambil air dengan bakul rotan tersebut.

Berkali-kali cucunya berlari dari sungai menuju rumahnya sambil membawa bakul berisi air tersebut. Dia cuba berlari dengan lebih laju, namun hasilnya tetap sama: air sungai tersebut tak pernah sampai ke rumahnya, ke hadapan datuknya. Termengah-mengah,si cucu akhirnya berkata pada datuknya bahawa benar-benar mustahil mengambil air dengan bakul rotan tersebut.

Mendengar pernyataan cucunya, datuknya tersenyum. Ia mengajak cucunya duduk dekat. Lalu berkata,”Begitulah cucuku. Maaf membuatmu penat. Memang tidak ada air yang sampai kesini. Tapi lihatlah, adakah perubahan yang dapat kau lihat pada bakul tersebut?”

Si cucu memperhatikan bakul yang dibawanya tadi untuk pertama kali. Benarlah, ia memang tidak menyedari sebelumnya karena terlalu memikirkan cara bagaimana membawa air dengan bakul tersebut, tapi bakul yang tadinya hitam legam kerana arang tersebut sekarang sudah bersih, berwarna asli seperti rotan asalnya.

“Seperti itulah membaca Al-Quran,” ucap si datuk. “Mungkin masa ini kita belum faham ertinya, belum mengerti pengajarannya. Tapi tanpa kita sedari, ayat-ayat yang selalu kita lantunkan tersebut membuat hati kita bersih dari noda-noda kehidupan, dari buruknya sifat-sifat makhluk fana yang mungkin bersemayam dalam hati kita. Amalkanlah membaca Al-Quran cucuku, sebagai alat pembersih hati.”

Si cucu masih terduduk lelah dengan nafas sedikit termengah-mengah, namun ia mengangguk faham. Rasa ingin tahunya dapat jawapan yang memuaskan hatinya, ia mendapat sesuatu yang berharga hari itu.

Ya Allah bimbinglah hambaMU ini untuk selalu membaca Firman-firman-Mu setiap hari, timbulkanlah rasa rindu di hati ini untuk selalu mengkaji kitab-Mu. Aamiin.

sumber:www.isuhangat.net.

Monday 26 July 2010

Falsafah Sains Sinergisme

“Seorang pelajar perubatan boleh diibaratkan sebagai satu vektor,” kata Dr Rashid ketika memulakan salah satu sesi kuliah Anatominya.

Pelajar yang tidak berusaha (erti kata lain; malas), maka vektornya adalah hanya satu titik yang memberi nilai magnitud sifar. Sekiranya ada 10 orang pelajar yang sama, nilai keseluruhan magnitud vektor tetap sifar.
Pelajar yang berusaha pula memberi nilai magnitud 1.

Namun begitu, sekiranya usaha yang dilakukan adalah secara bersendirian iaitu masing-masing dengan usaha sendiri tanpa mempedulikan orang lain, maka nilai keseluruhannya tetap sama; sifar seperti pelajar yang malas.
Fizik dan Vektor

Hal ini kerana dalam fizik, vektor yang berbeza arah sekalipun magnitudnya besar jika dicampur hanya menghasilkan magnitud yang kecil. Malah mungkin magnitudnya sifar sekiranya vektor-vektor tersebut menunjuk pada arah yang bertentangan antara satu sama lain dengan magnitud yang sama. Fenomena ini dinamakan antagonisma.

Akan tetapi, sekiranya kesepuluh pelajar tersebut berusaha dan saling membantu antara satu sama lain, dengan erti kata lain vektor pada arah yang selari, maka hal ini menghasilkan magnitud bukan dua atau tiga tetapi sepuluh!

Kita tidak memerlukan seorang pelajar perubatan yang hanya tahu peduli dirinya sahaja. Peduli apa orang lain, asalkan diri sendiri berjaya, CGPA 4.00 atau mumtaz dan dapat graduate dengan cemerlang. Tidak. Kita tidak memerlukan doktor seperti ini. Sekalipun seribu orang doktor, hasilnya tetap sifar. Being doctor is about teamwork.

Sinaran Laser

Doktor Rashid memberikan contoh yang lain untuk menjelaskan lagi kelebihan sinergi berbanding berkerja sendirian. Cahaya mentol yang memberi cahaya kekuningan seperti yang kita pelajari terhasil dari foton-foton yang terbebas akibat atom filamen mentol dikenakan dengan sejumlah tenaga yang tinggi.

Apabila foton-foton ini diamplifikasikan atau ditumpukan, satu sinaran cahaya yang sangat kuat dapat dipancarkan sehingga mampu menembusi Matahari. Foton yang hanya merupakan tenaga yang saiznya hampir sama dengan elektron mampu menghasilkan daya yang begitu besar dengan sinergi.

Islam Mengajar Sinergi

1400 lalu, sebelum tercetusnya idea tentang vektor dan sinergisma, Islam telah lama mengajar umatnya supaya bersinergi. Sinergi bererti 1+1 = 3 atau lebih. Secara minda bawah sedar, hal ini telah pun diterapkan dalam konteks solat berjemaah itu sendiri.

Abdullah bin Umar r.a. berkata bahawa beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda :Solat berjemaah adalah 27 kali ganda darjatnya daripada solat bersendirian.[Riwayat Bukhari dan Muslim]


Sepuluh orang sekiranya bersolat sendirian di dalam satu masjid, hanya memperoleh satu kebaikan setiap seorang. 1+1+1+1+1+1+1+1+1+1=1. Akan tetapi, dua orang yang bersolat berjemaah, masing-masing memperoleh 27 kali ganda kebaikan. 1+1=27.

Malah jika seorang makmum itu ikut serta rukuk tanpa sempat membaca Al-Fatihah bersama imam, dia tidak perlu menggantikan Al-Fatihah tersebut dengan tambahan rakaat. Tetap memperoleh 27 kebaikan. Berbanding solat sendirian, sekiranya tanpa Al-Fatihah, bukan setakat tidak mendapat 27 kebaikan bahkan tidak sah solatnya!

(sumber: www.iluvislam.com)

Sunday 25 July 2010

Keajaiban Matematik di Dalam Al-Quran


“Dr Tariq Al Swaidan menemukan beberapa ayat dalam Al-Quran yang menyebutkan satu hal yang sama dengan yang lain, iaitu jumlah kata-kata untuk lelaki dan perempuan adalah sama.

Walaupun ini masuk akal secara matematik, fakta mengejutkan adalah bahawa jumlah kali kata orang muncul dalam Quran adalah 24 dan berapa kali muncul kata wanita juga 24, oleh kerana itu tidak hanya ini ungkapan yang benar dalam pengertian gramatikal tetapi juga benar secara matematik: 24 = 24.

Setelah analisis lebih lanjut berbagai ayat, ia menemukan bahawa ini adalah konsisten sepanjang turun Quran, di mana ia mengatakan satu hal seperti yang lain. Lihat di bawah untuk mendapatkan hasil menakjubkan: –

Jumlah perkataan di dalam Al-Quran:
Dunia 115 . Akhirat 115
Malaikat 88 . Syaitan 88
Hidup 145 . Mati 145
Manfaat 50 . Korup 50
Manusia 50 .Rasul 50
Iblis 11 . Carilah perlindungan dari Iblis 11
Musibah 75 . Terima kasih 75
Sedekah 73 . Kepuasan 73
Orang yang disesatkan 17 . Orang Mati 17
Muslimin 41 . Jihad 41
Emas 8 . Kehidupan senang 8
Magik 60 . Fitnah 60
Zakat 32 .Barakah 32
Fikiran 49 . Cahaya 49
Tongue 25 . Sermon 25
Berani 8 . Takut 8
Public speaking 18 . Publicising 18
Hidup susah 114 . Bersabar 114
Lelaki 24 . Perempuan 24

Dan cukup luar biasa kita lihat berapa kali kata-kata berikut muncul: – Solat 5; 12 Bulan; Hari 365;
Laut 32, Tanah 13; Laut + tanah = 32+ 13 = 45% Laut = 32/45 * 100 = 71,11111111%
Tanah = 13/45 * 100 = 28,88888889 = 100.00
Ilmu pengetahuan moden baru-baru ini membuktikan bahawa air meliputi 71,111% dari bumi, sedangkan tanah meliputi 28,889%. Adakah ini suatu kebetulan?
Siapa yang mengajar Nabi Muhammad (saw) semua ini?
Allah, Yang Maha Kuasa Semua mengajarnya ini. Sebagaimana Quran mengatakan kepada kita

Wallahualam,

Saturday 24 July 2010

Tips Hilangkan Rasa Mengantuk


bagi siapa yang rasa mengantuk je bila study bolehlah amalkan perkara2 ni.Aku pun rasa ngantuk bila study. kadang2 tu bila dah study atas katil mudah je aku terlelap. Penat kut masa fokus benda yang nak kena study. Dalam keadaan kita sebagai seoang pelajar memang kebiasan apabila rasa ngantuk bila study. Tanya je la siapa2 yang tak pernah rase ngantu bila study. BIla dah ngantuk tu macam2 cara la dibuat. tetapi adakah cara tu berkesan.?? cara yang aku bagi ni tak tau la berkesan ke tidak... tapi boleh la cuba


1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar – pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.

2. Lakukanlah dengan minat – Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat saya, lakukanlah juga studi ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran anda supaya anda jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.

3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek – Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!

4. Dapatkan tidur yang cukup –

penat habiskan baca semua buku....

Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.

Anda mengantuk, kemudian anda belajar, anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.

5. Minum air kosong – Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian.

selalulah mengingati ibubapa dan doakan mereka...

6. Ingat emak ayah – Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak studi ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila jiwa mereka sentiasa bersama anda.


renung2kan dan selamat beramal

salam.


Makanan yang Baik untuk Gigi dan Gusi

Kesihatan gigi sangat penting bagi setiap insan. kita perlu menjaga gigi dan gusi kita daripada terhindar kepada kuman dan bakteria yang boleh menyebabkan bau mulut dan penyakit gigi.Ada kajian menunjukkan bahawa memiliki mulut yang sihat dapat menghindarkan diri daripada penyakit jantung, strok, kelahiran bayi pramatang dan penyakit2 yang lain.cukupkah dengan memberus sahaja dapat menyihatkan gigi.? sebenarnya faktor makanan penting untuk gigi yang sihat. Antara makanan yang baik untuk gigi ialah...

Buah yang kaya vitamin C
buah belimbing, jambu, kiwi, limau bali, limau manis, rambutan strawberi mempunyai kandunan vitamin c yang tinggi untuk menjaga kesihatan gusi.Kajian ada menunjukkan bahawa gusi akan rosak sekiranya pengambilan vitamin c yang kurang mencukupi.
Makanan yang mempunyai vitamin B dan asid folat.
asid folat diperlukan dalam jumlah yang besar untuk menjaga gusi dan seluruh kawasan mulut. Vitamin B didapati pada sayuran hijau dan ragi..

Lobak
kandungan didalam lobak boleh melambatkan aktiviti bakteria dalam mulut yang boleh menyebabkan gigi reput.
Bijan
bijan hitam dan putih bermanfaat bagi pertumbuhan gigi. Bijan kaya dengan mineral dan kalsium untuk tulang disekitar gusi.Pengambilan bijan juga boleh membersihkan plak gigi.

Keju
Mampu menyeimbangkan pH dalam mulut. pH asid dalam mulut mampu menyebabkan pertumbuhan bakteria yang mendorong gigi berlubang.
Pengambilan keju juga akan membentuk kembali email gigi dan menghasilkan saliva (air liur) yang mampu membunuh bakteria yang menyebabkan gigi reput dan sakit.komposisi karbohidrat dalam keju yang rendah dan tinggi kalsium, dan juga kandungan fosfur mampu mengawal pertumbuhan bakteria penyebab gigi reput.

Bawang Bombay
ramai diantara kita yang kurang selesa dengan bau mulut setelah memakan bawang. Namun, mengunyah bawang boleh membunuh bakteria dalam mulut kerana mengandungi sulfur
Bawang putih
Bawang putih mengandung zat tertentu yang dapat meredakan sakit pada gigi.
Seledri
makanan yang baik dimakan mentah kerana penghasilan saliva lebih banyak dan mampu membunuh bakteria Streptococcus penyebab gigi berlubang.

Teh hijau
mengandungi Catechins yang mampu membunuh bakteria dalam mulut yang mengubah gula menjadi plak.

Tuesday 20 July 2010

Herba vs Emas



semasa program HPA hari tu aku tertarik dengan kata pengasasnya yang berbunyi,

sekiranya mereka tahu
khasiat herba kita,
nescaya mereka sanggup
menukarkannnya walaupun
dengan ketulan-ketulan
emas.

Tn Hj Ismail b Hj Ahmad

kata2nya mempunyai makna yang mendalam bagi saya. Begitu berharganya herba kita sehingga beliau boleh membandingkannya dengan emas. Seperti apa yang kita tahu herba banyak memainkan peranan dalam kesihatan. sehingga kita tidak sedar sebenarnya orang2 tua sebelum kita telah lama mengamalkan pemakanan herba sejak zaman berzaman lagi. contohnya mereka mengamalkan pemakanan ulam seperti pegaga, ulam raja dan banyak lagi. Memang banya kajian telah di jalankan tentang herba dan manfaatnya kepada tubuh badan. contohnya pegaga dikatakan mampu merawat sakit kulit. Bertapa hebatnya herba kita yang mempunyai 1001 khasiat yang tidak kita ketahui sebelum ini. semua orang inginkan kesihatan yang baik. Kesihatan merupakan sesuatu yang amat penting bagi diri kita. Ramai yang menyedari tentang itu. Memang padanlah kata yang diungkapkan oleh pengasas HPA tentang herba ini. Kalau penjajah inggeris pada masa dahulu mengetahui tentang khasiat herba kita sudah tentu mereka sudah mengeksploitasi sumber herba kita dahulu. Kemungkinan besar habis herba kita dibawa pulang ke negara mereka. Kalaul kita dapat lihat sekarang ini ramai saintis luar negara juga yang sedang mengkaji herba2 kita. Dan herba kita sudah dikormesialkan menjadi penawar kepada penyakit.



ulam pegaga

Thursday 15 July 2010

Bandar Tenggara


tempat ni sebelum ni tak pernah pun aku dengar dulu. First time aku dengar sebelum aku pindah ke Bandar Tenggara.Nama tempat ni ada perkataan bandar tetapi kawasan ini bukanlah bandar. kawasan ini terletak di pedalaman yang dikelilingi ladang kelapa sawit.Aku pernah menetap disitu sebelum berpindah ke kampung halaman.
masjid time sembahyang jumaat

Bandar Tenggara adalah sebuah penempatan yang dibangunkan dalam wilayah pembangunan KEJORA, Johor. Terletak di tengah-tengah antara Bandar Kulai, Bandar Kota Tinggi dan Bandar Kluang. Mula diwujudkan sekitar tahun 1972. Dari asal sebuah penempatan untuk pekerja-pekerja ladang sawit yang hanya menempatkan 100 buah rumah, Bandar Tenggara kini telah berubah dengan pesatnya setelah 35 tahun berlalu di bawah kelolaan Lembaga Johor Tenggara (KEJORA) Bandar Tenggara.

Bandar Tenggara kini menampung penduduk seramai hampir 15,278 orang dengan jumlah rumah 3,021 buah rumah dan hampir 200 buah premis perniagaan. Kawasan penempatan penduduk telah dibahagikan kepada 17 zon kecil di bawah Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Masyarakat Bandar Tenggara (JKKMBT). Jumlah penduduk juga semakin bertambah hasil daripada penambahan kawasan perumahan baru di sekitar Bandar Tenggara dan ini menjadikan komuniti Bandar Tenggara semakin berkembang pesat seiring dengan perkembangan pada masa kini.
balai polis yang baru siap beberapa tahun lepas

Pelbagai kemudahan lengkap telah disediakan seperti Masjid Al-Husna Bandar Tenggara, surau, dewan serbaguna, balai raya, taman permainan, perpustakaan awam dan sebagainya. Manakala pada masa kini pembinaan Balai Polis sedang dalam proses pembangunan bagi mempertingkatkan lagi tahap keselamatan penduduk Bandar Tenggara dan di kawasan sekitarnya.

Dalam bahagian perindustrian, dengan kedudukan strategik yang menghubungkan antara daerah Kluang, Kulai dan Kota Tinggi, perindustrian kian pesat membangun dan memberi impak positif kepada penduduk dari segi ekonomi. Penduduk tidak perlu mencari peluang pekerjaan di kawasan lain, ini kerana Bandar Tenggara telah banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk terutamanya dalam sektor perkilangan serta industri kecil dan sederhana yang memberi peluang kepada usahawan bumiputra memasarkan produk dengan lebih meluas lagi. Dengan itu, Bandar Tenggara dapat dilihat mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk terus membangun dan berkembang pada masa akan datang.



sekolah rendah aku.........Sk Bandar Tenggara2.

Wednesday 14 July 2010

Israel Penakut


bukan kapal Amalthe tetapi kapal mavi marmara


menurut sumber daripada berita harian dilaporkan kapal laut israel cuba menakut-nakutkan kapal yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui Libya(Amalthe). menurut laporan mengatakan komunikasi dengan kapal berkenaan telah dipintas oleh israel. Menurut sumber daripada pengarah eksekutif yayasan Khadafi kapal mereka dikepung oleh kapal laut israel dan mereka juga cuba menakut-nakutkan krew kapal Amalthe. walaubagaimanapun kapal Amalthe tidak pernah mengubah haluan. begitu cekal hati mereka menghadapi ancaman israel. Apa yang dilakukan oleh israel memang wajar dikutuk seluruh dunia. Mereka menakut-nakutkan orang tetapi jelas mereka semua ini penakut. cuba lihat bertapa takut tentera israel dengan orang biasa dan bukan mengangkat senjata seperti senapang. Mereka cuma bersenjatakan besi dan pisau sahaja semasa mereka menceroboh kapal Marwi Marmara. kalau kita lihat mereka lengkap berpakaian kebal dan senjata mereka boleh diakui amat canggih. tetapi hakikatnya mereka tetap penakut. Kalau mereka berani kenapa tidak menyerang tentera sahaja, dan janganlah dibunuh orang awam. Pembunuhan secara beramai-ramai juga merupakan bukti bahawa tentera israel pengecut. Ini adalah kerana mereka takut anak-anak kecil Palestin ini akan berjuang menghapuskan mereka. Mereka juga pernah menyerang emosi kanak2 dengan membunuh ibu bapa mereka dihadapan mereka. Namun jiwa mereka tidak lemah.
marilah kita mengebarkan bendera Palestin, dan berdoa agar Allah membantu mereka menegak Islam yang tercinta ini. marilah kita berdoa agar kapal Amalthe supaya selamat sampai ke Gaza.

Tuesday 13 July 2010

FELDA L.B. Johnson

FELDA L.B. Johnson atau PAUN Kampung Johnson merupakan sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. FELDA L.B. Johnson dinamakan bersempena bekas Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson, yang melawati kampung itu pada 1966. Bukan aku nak bangga yang dia datang situ. Yang aku nak aku banggakan ialah aku dilahirkan di situ. kawasan yang dulunya banyak rumah-rumah kayu sekarang ni dah digantikan dengan rumah batu. Disitulah lahirnya insan yang bernama Raja Shah Imran Bin Raja Ahmad Shafiei. Aku dilahirkan di rumah kayu milik atuk aku dan sekarang ni dah jadi rumah batu pun. Semasa ibu aku melahirkanku pada masa tu bidan kampung tu yang sambut aku.. hehe style kampung..... Tu la zaman beralih zaman kampung aku tidak terlepas dalam proses pembandaran. Dan kampung aku ni terletak berhampiran dengan kawasan perindustrian Nilai. Banyak juga perubahan yang berlaku. Sebelum ni jarang aku balik kampung. Pada tahun lepas aku lihat banyak projek2 sedang dijalankan disitu. Kilang2 pun banyak mengikut apa yang atuk aku cakap la. kampung tu banyak mengukir memori lampauku....che macam dah tua la pulak. kat situ la aku dengan sepupu aku berlari-lari, main mercun dan macam-macam lagi.Aku juga pernah bersekolah tadika kat situ. hampir setahun tinggal disitu. Dan kat situlah tempat aku bersunat. Banyak memori indah dekat situ. Dan paling indah kat situ paling banyak aku dapat duit raya...haha memang best duduk kampung....

sekadar gambar hiasan

resultku....


insyaAllah esok hari adalah hari keputusan keluar. Risau jugak hati ni. Tapi difikir-fikir balik rasa nak tergelak je.. tu la result 1st sem mintak punya mintak tak dapat2 sampai skarang . Dan Dr Akram cakap esok adalah hari keputusan aku keluar.. sebelum ni mintak result dia asyik cakap 2days after tomorrow . tapi tomorrow dia mengambil masa sehingga beberapa bulan.hishhh, geram pun ada. tu la hakikat orang arab kat sini. nak buat macam mana ni negara diorang suka hati dyrang nak cakap result keluar bila. Ape-ape pun same-same la berdoa agar kita mendapat keputusan yang cemerlang untuk memudahkan permohonan biasiswa dari agensi mana2 je la..
bukan aku yang terlompat-lompat ni hehe...

Monday 12 July 2010

Sorakan Dikongsi Bersama

Piala dunia sudah pun melabuhkan tirai. Tahniah kepada pemenang dan penyokong. Semua yang terlibat dalam piala dunia menunjukkan semangat yang tinggi dalam sukan. Dengan berakhirnya piala dunia saya dedikasikan sajak yang mungkin tak dapatlah nak lawan A.Samad Said. Terimalah.....


Kedengaran hilai tawa kedengaran tangisan hiba
Itulah adat dalam perhitungan
Kemenangan yang ingin dimiliki oleh semua
Kadang-kadang menzahirkan rasa yang tak pernah dirasa
Bila mereka semua beradu
Aku turut berasa ingin bersama mereka
Bila mereka menang terasa diri ini juga menang
Bila mereka terkandas terasa diri ini terkandas jua
Sorakan demi sorakan kukongsi bersama
Pabila hilang sorakan dunia sepi bagai tanpa satu pun insan
Dunia itu bulat
Kadang-kadang ada diatas
Ada dibawah
Samalah apa yang kita semua rebut dan kita tonton
Digelanggang impian semua
Atas tak semestinya sentiasa diatas
Bawah tak mungkin berada dibawah selamanya
Itulah hakikatnya sebuah permainan
Dunia mungkin sepi tanpamu
Menjaringkanmu suatu kepuasan
Namun yang menang tetap SATU


Sunday 11 July 2010

10 Masjid Terbesar Dunia

Masjid Baitul Mukarram, Dakha, Bangladesh.
merupakan masjid negara bagi Bangladesh, terletak di Dakha, didirikan pada tahun 1960an. Masjid ini mempunyai kapasiti seramai 30000 orang dan menjadikan masjid in antara masjid terbesar dunia.


Masjid Faisal, Islamabad, Pakistan

masjid ke-4 terbesar dunia.


Sultan Mosque, Singapore.


Masjid Sultan , terletak di Muscat Street and North Bridge Road, Singapura. Struktur asal masjid ini tidak pernah berubah sejak dibangunkan.


Baturrahman, Bandar Acheh, Indonesia.
masjid yang terletak pusat bandar Acheh, yang dahulu merupakan masjid kesultanan Acheh.


Taj'ul Masjid, Bhopal, India.
salah satu masjid terbesar Asia. Masjid digunakan sebagai madrasah pada waktu siang.


Omar Ali Saifudin, Brunei.
orang Brunei menganggap masjid ini sebagai landmark bagi negara mereka.


Masjid Zahir, Kedah, Malaysia.
dibangunkan pada 1912. Masjid ini dihiasi lima kubah besar utama yang melambangkan lima rukun islam.

Masjid Al-Aqsa, Jerusalem, Palestin.


Masjid Al-Aqsa (Arab: المسجد الاقصى, “Masjid yang terjauh”), juga dikenal sebagai Al-Aqsa, adalah sebuah tempat suci Islam. Terkenal dalam peristiwa israk dan mikraj.


Masjid Al-Nabawi, Madinah, Arab Saudi.


Di Masjid Nabi (atau Masjid Nabi) (Arab: المسجد النبوي ), di Madinah, adalah yang kedua tersuci. Masjid terletaknya makam Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarganya.


Masjid Al-Haram, Makkah, Arab Saudi.

Masjid Al-Haram (المسجد الحرام ) merupakan masjid terbesar di dunia. Pada ketika ini struktur masjid meliputi kawasan 400.800 meter persegi. Boleh menampung sehingga 4 juta orang.